Thursday, 24 November 2011

CHIENG "GENTAR" AKAN KELANTANGAN KETUA MENTERI DALAM DUN

-BERANI KERANA BENAR!-


Pehin Sri Haji Abdul Taib 

Chong Chieng Jen
KETUA Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud tidak akan teragak-agak menyaman ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen (DAP) seandainya Chieng terus memfitnahnya (Taib) "menyalahgunakan kuasa" untuk kepentingan dan kemewahan keluarganya.

“Sekiranya kamu (Chieng) berani mengulangi kata-kata berbaur fitnah dan pembohongan itu di luar dewan ini kepada pihak media, saya tidak akan teragak-agak menyeret kamu ke muka pengadilan untuk tindakan undang-undang.”

Terdahulu, ketika Taib sedang membaca Ucapan Penggulungan Ketua Menteri pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 siang tadi, Chieng tiba-tiba mencelahnya dengan soalan mengenai “penyalah-gunaan kuasa” yang kononnya telah dilakukan oleh Ketua Menteri.

Pehin Sri, ketika menafikan dakwaan itu langsung tidak memberi Chieng sedikit peluang pun untuk mencelahnya lagi apabila dengan lantang beliau menegaskan yang pembangkang sengaja membuat “serangan peribadi” ke atasnya dengan melempar tuduhan-tuduhan yang langsung tidak berasas sama sekali itu.

"Saya tahu, semua ini adalah permainan propaganda “jahat” pembangkang kerana tuduhan-tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali apatah lagi dari benar, ditambahkan lagi dengan menggunakan media massa untuk menyiarkan secara meluas tentang pembohongan besar ini.”

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Kelantangan serta kewibaan Pehin Sri ketika menjawap tuduhan Chieng telah menyebabkan pembangkang yang selama ini begitu lancar bermain dengan kata-kata, kelihatan begitu "gentar dan gugup" dan mendiam diri tanpa sebarang kata.

Dengan tenang, Taib kemudiannya menyambung semula membaca Ucapan Pergulungan Ketua Menteri tanpa lagi sebarang gangguan dari pihak pembangkang.

Seperti dijangka, Chieng terus meninggallan bangunan DUN sebaik saja keluar dari dewan persidangan ADUN tanpa membuat sebarang sidang akhbar sepertimana yang lazimnya beliau lakukan sebelum ini. 

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. ambik jak bro..kita tok sekapal, iboh berprotocol gilak, apa jak dalam blog tok kita berkongsi sama-sama..salam :)

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®