Sunday, 25 March 2018

Pertukaran Kerusi Parlimen PBB Untuk Elak Perpecahan?


SEMAKIN mendekati ambang PRU14, pelbagai spekulasi dan andaian terutamanya berkaitan siapa calon BN yang akan diletakkan mula berkisar.. ada yang agak logik dan boleh diterima akal namun tak kurang juga yang tidak munasabah atau mustahil.

Seperkara yang menarik perhatian saya dan rakan-rakan saya adalah satu kawasan Parlimen PBB yang telah di sandang oleh seorang wakil rakyat selama beberapa penggal.

Difahamkan, beliau telah diberi indikasi oleh pucuk pimpinan supaya "berehat" tambahan, ada sumber mengatakan, pada penggal yang lepas, beliau telah memberi "hint" yang penggal ini adalah penggal terakhir buat dirinya.

Namun terdapat gerakan dari individu tertentu yang mahukan beliau terus mempertahankan kerusi tersebut lagi pada PRU14 yang akan datang.

Situasi sebegini memanglah amat biasa dalam dunia politik dimana ada pihak yang mahu mengekalkan pemimpin yang lama manakala, ada pihak yang lain mahukan pembaharuan dan pemimpin yang baharu.

Untuk mengelakkan perpecahan di kalangan penyokong di kawasan tersebut, seorang wakil rakyat dari Parlimen PBB yang lain, seorang wanita, dijangka akan diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.


Secara kebetulan, pemimpin wanita tersebut berasal dari kawasan Parlimen berkenaan jadi, tiada masalah dijangka akan dihadapi oleh PBB untuk mengekalkan kerusi dan majoriti pengundi pada PRU14 kelak.

Namun ini hanyalah salah satu dari spekulasi yang sedang berkisar.. apa-apa pun, yang siapa calon atau dimana calon tersebut bertanding adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jadi, kita tunggulah keputusan mereka.. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®