Ini adalah penulisan salah seorang kenalan saya didunia sebenar dan maya ketika beliau mengerjakan Umrah di Mekah baru-baru ini. Tulisan asal beliau adalah dalam Bahasa Melayu Sarawak dan Inggeris namun saya tulis semula dalam Bahasa Malaysia agar difahami rakan-rakan yang lain. Kita sering mendengar cerita-cerita yang luar biasa terjadi di Mekah, ini adalah cerita rakan saya:
"Saya nak kongsikan kisah sewaktu saya mengerjakan Umrah baru-baru ini. Pada mulanya saya enggan mempostingkan kejadian ini didalam FB namun setelah seseorang menghantar pesanan ucapan terimakasih kepada saya kerana berkongsikan gambar-gambar saya mengerjakan Umrah di sana (anda tahu siapa diri anda), saya akan kongsikan kejadian yang berlaku pada malam ke-empat saya di sana.
Bacaan imam yang mengimamkan setiap Solat Subuh dan Isya di Masjidil Haram membuat saya betul-betul rasa sedih.
Ingin saya mengetahui nama Imam tersebut namun apakah daya, saya nak cari atau tanya kat siapa? Bukannya saya boleh berbahasa Arab.
Sehinggalah pada malam ke-empat saya di Mekah.. saya duduk sahaja di sana (dalam Masjidil Haram) dan ada seorang tua disebelah saya sedang berzikir tanpa hentinya..
Pada mulanya saya tidak memperdulikannya kerana semua orang disana sedang tekun beramal ibadah sambil menunggu masuknya waktu solat Isya.
Selepas Iqamat, saya terdengar suara Imam (yang saya tidak ketahui nama) itu.
"Yarabi.. siapa nama Imam ni ya? *'Itok eh'.. ", keluh saya dalam hati.. maklum manusia jahil, tak mengetahui segalanya namun saya betul-betul ingin tahu nama Imam tersebut..
Tiba-tiba orang tua yang berzikir di sebelah mencuit saya..
"Abdul Rahman Al Sudais", katanya dengan jelas sebelum mengangkat takbir dan terus sembahyang..
Saya hanya mampu berdiri disana mengelip-ngelipkan mata saya yang tiba-tiba mula berkaca..
Dan itulah Isya yang paling sedih yang pernah saya lalui dalam hidup saya..."
SUBHANAALLAH.. bagaimana orang tua tersebut tahu persoalan yang tersirat di hati kawan saya? Wa'allahuallam..
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®