Kita tidak boleh membiarkan pembangkang terus menerus memainkan persepsi memberi gambaran negatif kepada kerajaan sebaiknya, kita terangkan isu tersebut dengan jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.
ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kita tidak mahu ianya menjadi isu 1MDB dimana biarpun ianya tidak bermasalah namun permainan persepsi jahat pembangkang yang terus menerus tanpa penjelasan segera telah memberi 1MDB imej yang buruk.
Ujar beliau lagi, perhimpunan kecil yang diadakan oleh pihak pembangkang semalam berniat memburukkan dan mencerminkan bahawa kerajaan tidak transparent dan corrupt di mata rakyat.
"Perhimpunan kecil dengan placard menuntut penjelasan berkenaan MRP seolah-olah kerajaan tidak mahu respond terhadap usul ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen."
Fazzrudin berkata demikian ketika ditemui UnReportedNews™® di lobi DUN Sarawak selepas sesi Perbahasan Bajet 2017nya pada Persidangan DUN Sarawak pagi tadi.
"ADUN Kota Sentosa, telah membuat pertuduhan yang berat tanpa asas terhadap kerajaan dan jika beliau ikhlas, beliau boleh menarik balik pertuduhan tersebut terhadap kerajaan dan meneruskan usulnya untuk memohon penjelasan berkenaan peruntukan MRP berkenaan."
Fazzrudin menambah, beliau (Chong) juga boleh menghantar soalan kepada YAB Ketua Menteri kita atau Menteri Kewangan untuk mohon penjelasan tetapi oleh kerana niat dan hasrat hanyalah untuk score political point and spin segala isu untuk memburukkan kerajaan, maka beliau tidak mahu menarik balik point-point pertuduhan tersebut, agar usul beliau ditolak dan beliau di gantung dari Dewan.
Secara sarkastik Fazzrudin berkata, ini adalah supaya beliau seolah-olah berjuang sehingga digantung dari dewan dan rugilah pengundi-pengundi yang mengharapkan wakil rakyat untuk mewakili mereka dalam dewan.
"Budaya sebegini amat tidak sihat sekali dan jika diamalkan, ia akan menganggu focus kita bersama, agenda kita bersama, iaitu untuk mendapatkan hak negeri kita semula, tidak akan tercapai," katanya lagi. -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®