Presiden United People’s Party (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh sepatutnya tidak mempertikaikan tindakan tiga anggota UPP; Timbalan Presiden UPP/ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil, Ketua Pemuda UPP/ADUN Engkilili Johnical Rayong dan Naib Presiden UPP/ADUN Opar Ranum Mina yang memohon untuk menganggotai PBB.
Apa yang Wong Soon Koh patut buat adalah bertanya kepada beliau sendiri bila dia akan mengkotakan janjinya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem iaitu meletakkan jawatan sebagai Presiden UPP dan menganggotai salah satu dari empat parti komponen BN Sarawak yang sedia ada, syarat utama yang diletakkan oleh Adenan untuk menjadi calon BN langsung dalam PRN11 Srawak yang lepas.
Wong Soon Koh tidak boleh kekal didalam UPP serta mengakui dirinya adalah BN kerana UPP bukanlah parti komponen BN Sarawak.
Adenan, yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri pada 25 March lepas dengan jelas menyatakan sesiapa yang dipilih sebagai “calon langsung BN” perlu melepaskan jawatan dalam parti asal mereka kerana ianya adalah selaras dengan perlembagaan BN.
"Mana-mana calon BN langsung yang menang pada pilihan raya negeri yang akan datang boleh memohon untuk menyertai mana-mana parti komponen di kemudian hari," tegas Adenan namun sehingga kini, Wong Soon Koh yang bertanding sebagai calon langsung BN belum lagi secara terbuka mengumumkan beliau telah keluar dari UPP.
Namun semalam, Wong Soon Koh dikatakan telah "kembali memimpin UPP" dengan alasan surat peletakan jawatan beliau bersama enam lagi ahli lain ditolak oleh jawatankuasa pusat parti tersebut.
Biar apapun alasannya, Wong Soon Koh tidak sepatutnya "bersembunyi" di sebalik alasan tersebut kerana perkembangan ini dilihat sebagai tindakan "tidak sihat" di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak yang lain.
Sekiranya Wong Soon Koh masih berdegil, beliau yang kini menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua bermungkinan akan digugurkan dari jawatan tersebut kerana selain dari empat parti komponen BN Sarawak; PBB, PRS, SPDP dan SUPP, mana-mana parti lain adalah "parti pembangkang" dan secara logiknya, takkan pembangkang dilantik dalam kabinet kerajaan BN Sarawak kan? -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®