Hajah Mazuin @ Nek Wen, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa (empat dari kiri) berkempen untuk calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang. |
"Jangan undi cucu saya Abdul Aziz Isa dari DAP tapi undilah calon BN di DUN Batu Kitang iaitu Lo Khere Chiang."
Itulah kata-kata Hajah Mazuin @ Nek Wen, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa semasa beliau turun berkempen dengan Lo Khere Chiang di Batu Kitang petang tadi.
"Saya merayu agar masyarakat di DUN Batu Kitang agar tidak mengundi cucu saya," katanya lagi.
Kenapa ni Aziz? Nenek atau darah daging sendiri berkempen menentang anda? Sampai begitu sekali? Apakah dosa Aziz kepada nendanya sehingga beliau melafazkan kata-kata sedemikian?
Penulis dimaklumkan Nek Wen tidak redha cara Aziz berkempen dengan cara kasar dan keterlaluan, menghina pemimpin lain yang jauh lebih tua dari beliau (Aziz). -UnReportedNews™®
Penulis dimaklumkan Nek Wen tidak redha cara Aziz berkempen dengan cara kasar dan keterlaluan, menghina pemimpin lain yang jauh lebih tua dari beliau (Aziz). -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®