Wednesday 27 April 2016

Fitnah Adenan, Nga Kor Ming Terima Padah


Nga Kor Ming tidak berpuas hati kerana daripada 10 orang ahli DAP Perak yang berada dalam rombongannya, hanya dia sahaja yang dihalau keluar dari Sarawak ketika dia dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sibu.

Nga Kor Ming bertanya, adakah menjadi satu kesalahan baginya untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama rakyat Sarawak. Katanya, dia sayangkan Sarawak dan sanggup berkongsi pilihan alternatif dengan rakyat Sarawak.

Barangkali Nga Kor Ming terlupa, dua bulan lalu, dia telah menfitnah Adenan Satem dengan teruk dan langsung tidak beretika. Dia sengaja memutarbelitkan kenyataan Adenan Satem dan cuba menyemarakkan perangai perkauman yang sudah sebati dengannya apabila menyiarkan berita kononnya, Adenan Satem menghalau orang Cina balik ke Tongsan!

Tidak sekali pun, Nga Kor Ming meminta maaf di atas keterlanjurannya. Sebaliknya dia semakin galak menfitnah Sarawak dan Adenan Satem sehinggakan sekeping gambar yang telah diketahuinya ianya adalah pemandangan biasa di sebuah pedalaman di Indonesia, difitnah kononnya itu adalah situasi di Sarawak yang jauh mundurnya.

Nga Kor Ming berhadapan dengan beberapa saman fitnah terutama membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Pada 15 Jun 2015, Perdana Menteri dan isterinya telah menyaman Nga Kor Ming selepas Ahli Parlimen Taiping itu memuatnaik gambar berunsur fitnah ke atas mereka di Facebook pada Mac tahun yang sama.

17 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Nga Kor Ming untuk membatalkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atasnya. Mahkamah memutuskan, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor mempunyai locus standi untuk meneruskan kes tersebut.

Penghujung 2014, Nga Kor Ming didedahkan bersama-sama dengan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham memiliki kawasan pembalakan yang luas di Hulu Kelantan yang terlibat dalam banjir besar. Banjir besar lumpur dan kayu balak itu telah melanda kawasan berhampiran lokasi pembalakan syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Ketika bantuan daripada pelbagai pihak khususnya Barisan Nasional dan UMNO dihantar ke Hulu Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir lumpur dan balak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham sekadar membuat penafian syarikat mereka adalah penyebab banjir lumpur dan balak itu. Malah mereka mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan mereka dan syarikat mereka dengan malapetaka itu.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.my/2016/04/setelah-menfitnah-sarawak-dan-adenan.html
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®