Saturday 2 April 2016

Aziz Isa Jangan Nak Auta, Ahli DAP Sendiri Tak Terbantu, Inikan Pula Rakyat!


Dakwaan Abdul Aziz Isa (Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya) yang tidak kira dimana DAP berada, khidmat dan bantuan untuk rakyat yang memerlukan sentiasa diberikan tanpa mengira bangsa, agama, jantina, kawasan mahupun ideologi politik boleh dipam ke lubang najis.

Ye ker Ajis? Ingat tak dengan Irene Chang? Isteri bekas Pengerusi DAP Sarawak, Mendiang Wong Ho Leng. Apa yang DAP dah bantu kepada keluarga mendiang?

Irene Chang pernah meluahkan satu ketika dulu DAP langsung tidak memberi satu sen pun kepada mereka biarpun apa yang telah mereka lakukan untuk DAP.

Bahkan yang membantu keluarga Wong Ho Leng adalah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dengan sumbangan RM1 juta selepas ucapan penggulungan beliau ketika Persidangan DUN, 15 Mei, 2014.


Jadi penulisan Aziz pada status Facebooknya yang mendakwa nasib penduduk di Kampung Rampangi, Santubong mereka tidak dibela di bawah kepimpinan BN/PBB didalam Parlimen Santubong (Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) dan DUN Pantai Damai (Dr Haji Abdul Rahman Junaidi) amatlah janggal sekali.

Yang jelas sekali, DAP tidak termampu membantu ahli DAP dan dalam perkara ini, bukan sebarangan ahli biasa tetapi bekas PENGERUSI DAP Sarawak sendiri, inikan pula kononnya nak membantu rakyat.

Dakwa Aziz, kononnya setakat ini, Mordi Bimol banyak membantu penduduk di kawasan Sematan, Perigi dan Lundu bersama beliau telah "sedikit sebanyak" ada memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen Santubong.

Mohon juga Aziz dan Mordi Bimol tolong senaraikan "sedikit sebanyak bantuan" yang mereka dakwa telah salurkan kepada penduduk di Santubong.

Dan sekiranya Aziz dan DAP hendak tahu apa jasa Wan Junaidi dan Abdul Rahman, pergilah bersiar-siar di DUN Pantai Damai dan Parlimen Santubong dan lihatlah dengan sendiri kerana kebanyakan pembangunan yang anda lihat dikawasan-kawasan tersebut adalah hasil keringat mereka berdua dan sudah pastinya BUKANnya DAP! -UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®