Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini, sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman rasmi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.
Pertemuan dilakukan secara tertutup dan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman.
Selepas pertemuan itu, Adenan dijadual menghadiri mesyuarat Kabinet negeri, di Wisma Bapa Malaysia pada jam 10.30 pagi ini.
Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.
Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun, tiada sebarang tarikh dinyatakan beliau berhubung pembubaran DUN, kecuali sekadar membayangkan proses itu akan dilakukan dalam waktu terdekat. -Berita Harian
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®