Monday, 9 November 2015

Aziz Isa Keciwa Dijadikan "Maskot" DAP?

Maskot seringkalinya dikaitkan dengan ikon binatang atau haiwan untuk sesebuah pasukan, satu penugasan yang tidak kurang pentingnya, namun bagi Pembantu Khas Kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa ianya amat tidak memadai jika dibanding dengan segala usaha yang beliau telah lakukan selama ini.
Dalam beberapa status FB terbarunya, Aziz, yang juga merupakan penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong, jelas menunjukkan kekecewaannya kerana tidak tersenarai didalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 baru-baru ini.
Luah Aziz: Saya belajar sesuatu yang baru hari ini.
Kalau nak masuk dalam satu pasukan bola sepak, kamu tak perlu berlatih main bola bersungguh-sungguh. Kamu hanya perlu duduk dan asalkan sudah ada nama, maka kamu akan masuk dalam pasukan tersebut biarpun baru masuk kelab. Apa guna berlatih bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun kalau kamu hanya menjadi maskot kelab?
Yang sudah lama dalam kelab, selagi kamu tak ada PhD dalam Sains Sukan, kamu tak akan diambil masuk dalam pasukan walaupun kamu sudah berlatih hampir 2-3 tahun. Tak guna kamu hari-hari turun berlatih apabila pada akhirnya, orang yang jarang turun berlatih yang akan dipilih untuk bermain bola.Lebih baik berlatih berenang kerana anda mungkin lebih bagus dalam berenang daripada bola sepak. Mungkin akan ada orang melihat bakat kamu dalam renang dan akan mengambil anda sebagai perenang biarpun anda juga pandai main bola sepak.
Biar pada penghujung penulisannya, Aziz mendakwa beliau "bercakap tentang bola sepak, tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati", umum tahu penulisan berkenaan sebenarnya menjurus kepada keputusan Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 tersebut.
Aziz bagaikan cuba "memujuk" dirinya sendiri dengan meluahkan, "Sabar Aziz, perjalanan masih panjang. If both Barisan, Pakatan and Borneo political parties still play racial politics, I might just quit politics and focus on business, NGO and international politics."

(Sekiranya Barisan Nasional, Pakatan (termasuk DAP kot?) dan semua parti politik di Borneo masih memainkan dasar parti perkauman, beliau mungkin akan bersara dari politik dan memberi fokus kepada perniagaan, NGO atau politik antarabangsa.)
Luahan hati Aziz tidak berhenti disitu, pada status beliau yang lain, Aziz menyatakan, "Bagus jadi tukang potong rumput. Bila dah rata, suruh saja orang lain main. Siapalah peduli pasal budak hingusan? Tak ada duit, tak ada PhD, tak pandai manis mulut. Budak hingusan yang mentah, terlalu lantang, berani bersuara, dan berani membantah akan sentiasa menjadi pemain simpanan.
Sports is about winning the game. Sports is about unity in diversity. What ever la, who cares anyway. You just a budak hingusan, jadi tukang potong rumput or coffee boy lagi bagus dan jangan cakap banyak kalau tak ada PhD. Simpan saja kebolehan, tak perlu tunjuk kelebihan lagi, you are nobody but just a rascal kid! Zip your mouth.
Hahaha Aziz, stop it! Nanti orang pikir lain pulak. Go to sleep... Esok potong rumput... Zzzzzzzzz........."
Penulis akui, selama ini, Azizlah diantara pemimpin-pemimpin muda Melayu DAP Sarawak yang agak agressif, konsisten, komited dan sering "turun-padang" (walau kadangkala menjengkilkan penulis sendiri) dalam membangkitkan sesuatu isu atau masalah masyarakat (baik yang relevan atau sebaliknya).
Aziz seharusnya mengambil ikhtibar dari kejadian ini; DAP bukan seindah yang beliau sangkakan, DAP bukanlah parti pelbagai kaum sepertimana yang diperkatakan, DAP hanya memerah keringat anak Bumiputera untuk sokongan namun untuk mengiktirafkan anak Bumiputera tersebut untuk duduk setara dengan mereka di barisan pemimpin DAP hanyalah satu mimpi retorik kosong belaka!
Belum terlambat lagi untuk Aziz "kembali ke pangkal jalan", sekiranya beliau ikhlas dalam perjuangan kepada Agama, Bangsa dan Negara sepertimana yang beliau sering dakwa, tinggalkan DAP Sarawak, jangan hanya dijadikan "maskot DAP" serta diperbodohkan dengan sedemikian rupa dan berjuanglah dari platform yang benar-benar memperjuangkan apa yang telah beliau laungkan (Agama, Bangsa dan Negara).
Jangan ibarat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" .. jika kita mengetahui yang kehadiran kita tidak dikehendaki, disenangi, diappresiasi dan yang terpenting sekali; dipercayai, buat apa kita terus menanti di sana dan sanggup terus ditunggangi hanya untuk meraih sokongan disamping dijadikan alat untuk memburukkan pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan kita?
So Aziz, tepuk dada tanyalah selera..
PS: Ikhlas dari aku, abaikan pujukan bos engkau nanti yang mungkin akan menawarkan langit dan bumi untuk mengambil hati engkau semula..
Untuk rekod, berikut adalah senarai Terbaru Pimpinan Tertinggi DAP Sarawak ..
Chairman : Chong Chieng Jen 张健仁
Deputy Chairman : Chiew Chin Sing 周政新
Vice Chairman : Leon Jimat Donald 里昂
David Wong Kee Woan 黄培根
Secretary : Alan Ling Sie Kiong 林思健
Vice Secretary : Yap Hoi Liong 叶海量
Treasurer : Wong Ling Biu 黄灵彪
Assistant Treasurer : Christina Chiew Wang See 周宛思
Organising Secretary : Violet Yong Wui Wui 杨薇讳
Publicity Secretary : Wong King Wei 黄庆伟
Political Education
政治教育局 : Oscar Ling Chai Yew 林财耀
Women Affair Secretary : *Irene Mary Chang Oi Ling 郑爱鸰
NCR legal Bureau Chief : Paul Raja
Committee member : Ting Tze Fui, Baru Langub, John Brian, Richard Lias
Chong Siew Chiang, Mordi Bimol
*Irene Mary, women affair sec is the late Wong Ho Leng wife.
-UnReportedNews™®

3 comments:

  1. ha..ha..ha...baru kau tahu perangai DAPigs ni....amacam..?? nak setia berkhidmat lagi dgn parti racist ni..??

    ReplyDelete
  2. Oooi bukan main ramai melayu terpilih dalam jawatankuasa kepimpinan Dap, tapi nama mereka pelik sikit bermula dengan Ong, Lim, Ting. Buka di Sarawak saja Aziz, kat Selangor ramai melayu keliur masuk Dap tapi tak ada sorang pun terpilh dalam jawatankuasa. Tapi agaknya kalau ada satu jawatan dalam senarai Biro dalam Dap yang dinamakan " Biro Sengkek atau Budak Suruhan" dah gerenti nama2 seperti Mat, Awang, Dolah akan terdapat melambak mengisi jawatan2 tersebut.

    ReplyDelete
  3. bangang tak habis2. nama aziz ni nama cina ke melayu? kalau nama tu mirip melayu, kenapa pulak membebel tak dipilih 'masuk padang' main bola? aziz oiii, nak masuk 'team bola' dap, kau kena bernama cina, reti!!!!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®