Thursday 16 October 2014

Memalukan: PKR Mahu BR1M DiLanjutkan


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diteruskan dan ditambah secara khusus untuk golongan wanita.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dipetik portal The Malaysian Insider berkata, melalui pemberian BR1M kepada wanita, mereka juga akan menikmati kuasa beli.

"Wanita turut menyumbang kepada pembangunan negara, mereka perlu mempunyai kuasa beli.

"Jadi saya cadangkan supaya BR1M itu diteruskan dan ditambah kepada golongan wanita," katanya ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, semalam.

Zuraida dan PKR sebelum ini dengan lantang membantah serta mengkritik pemberian wang tunai BR1M oleh kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah, kerana menurut mereka BR1M bukan penyelesaian ekonomi jangka panjang. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®