Monday, 29 September 2014

Rahsia DiSebalik Mengapa Majlis Peguam Ingin Mansuhkan Akta Hasutan 1948


Menurut Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang pengamal undang-undang ada satu sebab utama mengapa Majlis Peguam dan Presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan beriya-iya benar ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Mohd Khairul di status Facebooknya menyatakan sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam beriya-iya mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 namun  sebab sebenar ini tidak pernah di bincangkan secara terbuka oleh Bar Council dan Ambiga dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.

Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI hal-hal yang merupakan satu kesalahan di bawah  AKTA HASUTAN 1948.

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI di bawah AKTA HASUTAN.

Mohd Khairul menjelaskan, jumlah Ahli Parlimen pembangkang semakin ramai di Parlimen dan satu hari nanti mereka mungkin menjadi kerajaan namun selagi AKTA HASUTAN tidak dimansuhkan, mereka tidak akan mampu menghapuskan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu melalui Parlimen kerana tindakan itu akan merisikokan mereka dikenakan tindakan AKTA HASUTAN.

Beliau juga menyatakan, buat masa ini, sebagai diversion, mereka hanya menggunakan  alasan AKTA HASUTAN menyekat kebebasan, menganiaya Adam Adli,  Ali dan beberapa individu namun itu bukan sebab sebenar.

Sebab itulah kita semua, biarpun berlainan fahaman politik mesti mempertahankan AKTA HASUTAN 1948 dengan apa cara pun. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®