Sunday, 3 August 2014

VIDEO: PENGANTIN & TETAMU PIJAK BENDERA ISRAEL


MELAKA: “Kami hanya mampu menunjukkan bantahan sebegini terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” kata pereka grafik Mohd Hilmi Muslim, 27, yang bersanding sambil menzahirkan semangat anti Israel.

Mohd Hilmi yang bernikah dengan Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, mengabadikan hari persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Kampung Umbai, Merlimau, di sini, semalam dengan berpakaian serba hijau sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.

Mereka diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan sebelum memijak dan membakar bendera negara Israel, sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.

Menurut Norfadhilah, dia dan suami simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.


“Kami kesal dan sedih melihat kekejaman tidak berperi kemanusiaan Israel. Sebagai umat Islam, kita mesti membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana mereka memang layak dikeji,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan jam 2 petang, semalam. (sumber)


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®