Tindakan 16 exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru dipilih meninggalkan dewan persidangan sebelum ketua baru mereka Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan sulungnya dalam Kongres AMK lewat petang semalam memang patut pun.
Nik Nazmi yang di petik oleh Malaysiakini tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya.
"Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan.
Dalam ucapan penggulungannya sebelum itu, Nik Nazmi menegaskan antara lainnya mempertegaskan sokongan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya AMK tidak akan membiarkan Anwar dipenjara sekali lagi atas tuduhan liwat yang dianggapnya "tuduhan jahat yang jelas bermotif politik".
"Kita akan sama-sama bangkit untuk menggerakkan masyarakat dan menghumban Umno-BN ke dalam tog sampah sejarah sebagai parti yang tidak bermaruah," katanya dalam ucapan sulungnya itu.
Beliau berkata pihaknya akan menentang tekanan politik kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Tian Chua sekaligus menolak penindasan terhadap masyarakat sivil dan kezaliman.
Selama ini parti-parti yang bagai "tong sampah" yang "tidak bermaruah" di Malaysia ini adalah PKR-PAS-DAP yang penuh dengan kemelut; dari pemilihan CEC DAP, pemilihan ketua cawangan PKR, langkah Kajang menumbangkan Tan Sri Khalid untuk mengganti Jijah Kipas sebagai MB Selangor baru dan terkini pemilihan ketua AMK!
Mengenai dakwaan "tekanan poltik" pula, phrasa tersebut sepatutnya diperggunakan Nik Azmi kepada Nuar Brahim sendiri yang begitu jelas memberi tekanan kepada PAS untuk membuat U-Turn dalam isu MB Selangor!
Memang patut pun 16 exco AMK baru keluar dari dewan kerana menyampah dengan sikap "cakap tak serupa bikin" Nik Azmi.. haaa.. kan dah jadi bahan aku di awal pagi buta ni ..kekeke!!!
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®