Monday, 11 August 2014

PANAS: MAHUKAH PEMIMPIN PKR SARAWAK MENJADI "LAMPIN PAKAI-BUANG" SEPERTI KHALID?


Pemecatan keahlian Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti PKR sepatutnya "membuka mata" Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian serta barisan pemimpin-pemimpin  PKR negeri ini siapa sebenarnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu.

Khalid, yang telah banyak berjasa dan berkorban untuk PKR mengetuai kerajaan Negeri Selangor selama dua penggal pun boleh diperbuat sebegini rupa bagai "lampin pakai-buang", apatah kedudukan pemimpin-pemimpin PKR peringkat Negeri Sarawak ini?

"Tiada yang boleh merasa selamat dari kerakusan gila kuasa Anwar Ibrahim, baik kenalan yang sebagaimana rapat pun atau sesiapa yang mati-mati menyokongnya apa lagi rakan politik biasa seperti Khalid. 

Sebab itu kita boleh lihat, ramai kenalan atau rakan-rakan seperjuangan Anwar telah menjauhkan diri mereka dan meninggalkan Anwar dan PKR seorang demi seorang.

Bila tiba saatnya, seseorang itu sudah tidak lagi bersependapat atau tidak mengikuti arahan Anwar, segala jasa dan budi terhadap dirinya (Anwar) mahupun kepada Parti PKR tidak akan dipandang langsung malah akan disingkirkan dengan apa jua cara serta diperhina dengan sehina-hinanya."

Ungkapan ini dinyatakan oleh seorang veteran politik Sarawak kepada UnReportedNews™® apabila ditanya pandangannya ke atas perkembangan terkini isu MB Selangor dan parti PKR sebentar tadi.

"Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat di Sarawak, terutamanya Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan rakan-rakannya harus mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku kepada Khalid."

"Khalid telah terlalu banyak berjasa kepada PKR boleh diperbuat sedemikian rupa, di hina, kredibiliti beliau di cemar malah di pecat dari PKR .. apa lagi Baru Bian dan rakan-rakannya dari PKR Sarawak yang sehingga kini belum ada terserlah "apa-apa jasa yang begitu menyakinkan" kepada PKR?"

Ditanya pandangannya apa agaknya kesudahan senario isu tersebut, beliau menjawab, "Khalid adalah seorang ahli koperat yang bijak, beliau pasti dapat menyelesaikannya (masalah tersebut), paling tidak pun beliau akan menyertai PAS untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama BN di peringkat Negeri Selangor dengan syarat majoriti ADUN menyelebelahinya untuk beliau terus kekal menjadi MB Selangor."

Tambahnya lagi, "Namun perkara yang terpenting disini buat PKR Sarawak adalah agar Baru Bian jangan merasa alpa dan harus berhati-hati dengan permainan Anwar Ibrahim kerana jika tidak, pemimpin PKR Sarawak juga akan mendapat nasib yang sama seperti Khalid."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®