Tuesday, 5 August 2014

JANGAN NAK MENYIRAM MINYAK KE DALAM API, KM AKAN SELESAIKAN KEMELUT BN SARAWAK DALAM MASA TERDEKAT

MALAYSIA BOOK OF RECORDS: Adenan, Jamilah, Dr Annuar, Abang Johari dan Fadillah bersama-sama memotong pulut panggang terbesar dan terpanjang yang berukuran 22sm diameter, 5.5m panjang serta seberat 160kg pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Sibu semalam. — Gambar Bernama
Terdapat beberapa pihak termasuk dari parti komponen BN Sarawak sendiri bagaikan agak tidak senang dengan cara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Adenan Satem menangani kemelut yang kini melanda SPDP dan SUPP.

Berselindungkan di sebalik Page Facebook, (malas aku nak spesifikasikan secara terperinci buat masa ini) admin-admin page ini bagaikan cuba membakar amarah rakyat Sarawak khususnya penyokong-penyokong Barisan Nasional Sarawak dengan pelbagai sentimen seperti KM "masih sanggup menerima "pembangkang", Presiden Teras Tan Sri Datuk Sri William Mawan dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh" ke dalam kabinet BN Sarawak.

Adenan lebih arif dengan permainan politik Sarawak ini, jauh lebih dari admin-admin tersebut maka sepatutnya (jika benar anda penyokong setia BN yang tiada niat jahat yang lain), beliau harus diberi peluang dan masa yang secukupnya untuk melaksanakannya dengan cara beliau sendiri.

Janganlah ada pula pihak, lebih-lebih lagi dari parti komponen BN Sarawak sendiri yang cuba mengeruhkan lagi keadaan yang mungkin akan merugikan kita sendiri dan memberi kelebihan kepada pembangkang.

"NAKPA COBA DIPOLAH KO YA POK?"

SIBU: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berharap pertelingkahan yang berlaku antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi menjamin kebaikan kerajaan negeri.

“Pertelingkahan antara SPDP dan TERAS serta pertelingkahan SUPP dengan UPP sedikit sebanyak melemahkan pendirian parti.

“Akibatnya ia akan melemahkan pendirian bangsa itu sendiri dan pembangkang yang mendapat manfaatnya,” katanya.

Sehubungan itu Adenan berharap beliau diberi masa untuk menyelesaikan masalah yang terjadi antara SPDP dan TERAS serta SUPP dan UPP.

“Saya akan selesaikan masalah antara SPDP dan TERAS serta masalah SUPP dan UPP. Tetapi, bagi saya masa kerana saya tidak dapat selesaikan masalah tersebut secara serentak,” katanya pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri di sini semalam.

Namun Adenan menambah kata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak menghadapi sebarang masalah sesama parti pada masa ini.

Pada majlis sama Adenan turut meluahkan rasa terima kasih kepada rakan kabinet kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Sarawak.

“Tanpa sokongan diberi oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu dan Datuk Amar Abang Johari, Datuk Amar Awang Tengah, Tan Sri James Masing, Tan Sri William Mawan Ikom dan Dato Sri Wong Soon Koh pasti sukar untuk saya menguruskan pentadbiran negeri dengan telus,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak pernah menyertai Malaysia kerana tiada negara bernama Malaysia sebelum September 1963 dan Malaysia hanya menjadi kukuh selepas Sarawak, Sabah dan Singapura bersetuju bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata kerajaan meluluskan 600 ekar tanah untuk mewujudkan kampung moden dalam masa beberapa tahun.

Pada majlis itu, Adenan menyerahkan replika cek bernilai RM500,000 kepada Dr Annuar untuk infrastruktur perkuburan Islam baharu di Kemunyang serta RM500,000 lagi untuk menaik taraf Masjid An-Nur Sibu.

Hadir sama isteri Adenan Puan Sri Datuk Jamilah Anu, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal Datu Len Talif Salleh. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. sebelum pru 12 perbalahan dlm mca dan gerakan membawa kekalahn kerusi mca. Perbalahan mca,gerakan pd pru 12 dan terus merebak pd pru 13 menyebab kekalahan teruk.Sebelum pru 13 perbalahan dlm supp membawa kekalahan kerusi supp pd pru 13. Sebelum prn sarawak tidk lama lagi perbalahan merebak pula kpd spdp yg boleh menyebak kerusi spdp pula kalah pd prn/pilihn raya negeri sarawak. Adakah ini strategik dap krn kebanyakan mereka yg buat perpecahan dlm komponen bn ialah kaum cina yg merupakan penyokong tegar dap dan lebih2 lagi dap begitu aktif berkempenn di ssarawak sekarang utk rampas sarawak. Perkra ini boleh dilihat dgn jelas

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®