Friday, 8 August 2014

ANTARA KHALID & ANWAR .. SIAPA YANG "GAGAP" SEKARANG?


Pelbagai jentera, apa jua kemampuan, taktik dan cara yang dipergunakan oleh Anwar Ibrahim bagi memaksa Tan Sri Khalid untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini nampaknya tak menjadi.

Dari beberapa sesi sidang akhbar bagi pengumuman keputusan Majlis Tertinggi PKR menggesa agar Khalid menggundurkan diri buat Wan Azizah dan sokongan "macai-macai tertinggi" PKR terhadap Azizah, sehinggalah notis surat tunjuk sebab dan terkini, Khalid terpaksa berhadapan dengan Lembaga Disiplin PKR, Khalid tetap tak "ambik port" dan bertegas beliau masih lagi Menteri Besar Selangor!

KHALID MEMANG STEADI, KHALID TAK GAGAP LAGI ...

Sekiranya perkiraan aku betul, nampaknya Anwar tiada pilihan lagi selain dari mengarah kuncu-kuncunya dalam kabinet kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan undi tak percaya bagi menjatuhkan Khalid.

Kalo matematik aku tepat, kerusi DUN Selangor sekarang-PAS-15, DAP-15, PKR-14 dan BN-12, ditakdirkan ianya terjadi, DAP sudah pasti memberi 15 undi, PKR (13 undi tolak DUN Pelabuhan Klang-Tan Sri Khalid sendiri) jadi jumlah adalah 28 undi untuk tidak menyokong Khalid.

PAS (InsyaAllah) sudah pastinya (setelah pucuk pimpinan tertinggi PAS sendiri memberi sokongan terbuka kepada Khalid, takkan korang nak engkar boss kan?)  akan memberi 15 undi manakala BN akan memberi 12 undi menjadikan jumlahnya 27 undi campur undi Khalid sendiri, totalnya 28 undi yang menyokong Khalid..keputusannya seri 28-28..mmmmm..status quo? Khalid akan terus menjadi MB Selangor!!!

ANWAR YANG KINI TERGAGAP PULAK ..

Ditakdirkanlah juga sekiranya Khalid masih ada sorang dua kawan dalam PKR yang betul-betul setia kepadanya dan menyokongnya pulak..kan kah haru si Anwar?  Apakah agaknya tindakan Anwar selanjutnya ye? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®