Monday, 21 July 2014

DAP SARAWAK TIBA-TIBA "GABRA" DENGAN HUKUM HUDUD APAHAL?


Ugutan DAP Sarawak untuk keluar dari Pakatan Rakyat diatas isu Hukum Hudud (klik sini) bagaikan ada "udang disebalik batu" kerana ianya dilakukan dengan secara tiba-tiba sehingga menghairankan rakan-rakan DAP sendiri; PAS & PKR. 

Apa yang menjurus DAP untuk mengambil tindakan yang dianggap sebegitu drastik? 

Sumber dalaman DAP memaklumkan kepada UnReportedNews™® tindakan tersebut terpaksa diambil kerana menyedari SUPP kini sedang dalam proses memperkasakan parti dengan membuka beberapa ranting yang baru.

DAP terpaksa "mengangkat dirinya" sebagai wira buat komuniti Cina di Sarawak dan satu-satu isu yang pasti akan menarik perhatian masyarakat Cina di Sarawak adalah perlaksanaan Hukum Hudud di negeri ini.

Walhal, Hukum Hudud tidak pernah sesekali dibincang bagi perlaksanaannya di Sarawak, seperti yang dijelaskan oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid dalam kenyataan medianya di bawah ini.

Kenyataan Media PAS SARAWAK Terhadap Resolusi DAP SARAWAK

PAS Sarawak ingin merujuk dan memberi maklumbalas berkenaan dengan resolusi yang dibuat oleh DAP Sarawak semalam dan mengapa mereka perlu bersama dalam Pakatan Rakyat serta tidak menggunakan isu hangat pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (Hudud di Kelantan) yang boleh mengelirukan orang awam.

Seperti yang semua sedia maklum, Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum kewujudan Pakatan Rakyat (PR).

Hudud di Kelantan hanya akan dilaksanakan di Kelantan, bukannya di Sarawak seperti mana yang dimaklumkan menerusi Resolusi oleh DAP Sarawak semalam, maka semua isu yang dibangkit oleh DAP Sarawak tiada kaitan langsung dengan pemakaian dan perlaksanaannya di Sarawak.

Dari segi demokrasi untuk mewujudkan suatu undang-undang sebagai contohnya Enakmen Hudud dalam Sarawak memerlukan pindaan Perlembagaan Sarawak di mana 2/3 undi dari kalangan ADUN di Sarawak adalah diperlukan.

Kelantan termaktub kepada keputusan Kerajaan Negerinya untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan Dap Sarawak tidak berhak menyoal keputusan tersebut dan ini adalah termaktub dalam kuasa sesebuah kerajaan Negeri.

PAS juga tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama di Malaysia untuk mengaplikasikan cara hidup beragama masing-masing kerana itu adalah hak dan peruntukan di dalam perlembagaan. Namun, ianya hendaklah melalui proses demokrasi dan sistem berperlembagaan Malaysia.

Berkenaan dengan "ugutan" untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (Sarawak) oleh DAP Sarawak, maka pihak PAS Sarawak ingin memaklumkan bahawa PAS sama sekali tidak mengkhianati perjanjian dan agenda bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Buku Jingga. PAS adalah sebuah parti yang dikenali dengan semangat Setiakawan dengan rakan-rakan Pakatannya sejak Barisan Alternatif lagi. PAS tidak pernah keluar atau mengugut rakan-rakan sealternatif pada masa itu dan ianya kekal menjadi fakta dan sejarah politik di Malaysia.

PAS Sarawak ingin menegaskan bahawa setiap langkah yang tidak bijak akan membinasa sesebuah organisasi. PAS tetap akan memberi kerjasama dengan rakan PR lain sekiranya mereka masih memerlukan.

PAS tetap konsisten di dalam memperjuangkan hak untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Sarawak berharap dan berdoa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar isu ini dapat diselesaikan dan dibincang secara dalaman agar hubungan dalam PR terus kukuh dan tetap menjadi pilihan rakyat setiap masa. Akhir kata, ketahuilah fokus utama kita adalah untuk menumbang dan mengalahkan BN/PBB di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti. Untukmu Sarawak, Mansang Ngelaban!

Hj ADAM AHID
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Manakala, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian membuahkan  rasa kesalan diatas tindakan terburu-buru DAP Sarawak mengeluarkan ugutan sedemikian seperti yang beliau luahkan dalan kenyataan medianya di bawah ini.

PRESS STATEMENT
21 JULY 2014

DAP SARAWAK’S ULTIMATUM 

I refer to the article in today’s Star on DAP Sarawak’s threat to withdraw from the PR coalition in Sarawak.

PKR Sarawak is surprised and shocked that DAP Sarawak has seen fit to issue an ultimatum to our common partner PAS over their stand on hudud without prior consultation with or notification to us. On my part, I feel a deep regret that DAP Sarawak should feel that we in the state PKR have been non-committal about the issue, even after the statements I have made about this matter.

In order to refresh their memories, I wish to invite them to read my statements “Sarawak under no obligation to follow PM on Hudud Law” dated 30 April 2014 and “Sarawak agreed to the formation of a Secular Malaysia,” dated 18 June 2014 which were published in the local papers and shared widely on social media. Our stand could not be clearer or any more unequivocal, if they would care to read the reports. We have never faltered from holding firm to the guarantees of the Sarawak Constitution and the terms of the Malaysia Agreement.

I must say that I am rather puzzled that DAP Sarawak has taken this step independently of DAP at the national level, when the national DAP has not given any indication of their position regarding this move. Perhaps there are internal factors and extraneous considerations at play here but far be it from me to speculate on such matters. Suffice to say that I am deeply disappointed that DAP Sarawak should take such a drastic step at this time when the State Election is imminent.

Baru Bian
Chairman, PKR Sarawak

Satu rumusan yang boleh UnReportedNews™® buat adalah DAP Sarawak sudah ketandusan isu sehinggakan terpaksa "membangkitkan" isu yang memudaratkan rakan-rakan mereka sendiri.

Isu Hukum Hudud di Sarawak sebenarnya tidak relevan di bangkitkan kerana memang tidak pernah ada perancangannya untuk ianya dilaksanakan di negeri ini namun DAP.

Maka, UnReportedNews™® menjangka DAP Sarawak akan tampil lagi sekali membangkitkan sesuatu isu hanya kerana ingin menjadi populis dan menarik perhatian masyarakat Cina di Sarawak.. tungguuuuu...

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®