Tuesday, 3 June 2014

VIDEO: LELAKI SEPARUH BOGEL MENGAMUK DEPAN KAABAH


Seorang lelaki berseluar pendek menimbulkan kegemparan dalam kalangan jemaah yang sedang tawaf di Kaabah apabila mengamuk di Hijir Ismail.

Lelaki berbangsa Afrika tersebut naik ke atas platform sebelum bertindak ganas memecahkan lampu menggunakan kerusi seterusnya terjun ke bawah menyebabkan jemaah ketakutan sekitar jam 10 pagi, Ahad lalu.

Melihat keadaan itu pengawal keselamatan Masjidil Haram segera bertindak menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman tersebut dan membawanya beredar.

Hijir Ismail adalah satu kawasan lengkungan berbentuk separa bulatan yang terletak di bahagian utara Kaabah.




Video yang dikongsikan oleh Saudi Gazette ini bagaimanapun mendapat komen pelbagai. (sumber)
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®