Monday, 2 June 2014

TIGA ALASAN DAP MENGAPA DYANA KALAH PADA PRK TELUK INTAN


SHAH ALAM: DAP memberi tiga alasan yang menyebabkan parti itu kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, semalam.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu sebanyak 66.5 peratus antara punca Dyana kalah di tangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, peratusan keluar mengundi adalah memberangsangkan iaitu 80 peratus. 

Ujar Lim, jumlah besar pemilih yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka semalam adalah di kalangan mereka yang pro-pembangkang dan berada di luar kawasan.

Sementara itu, dua punca lain menyumbang kepada kekalahan tipis Dyana itu adalah dakwaan permainan politik Umno sepanjang tempoh berkempen dan hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu serta tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu.

BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.

Mah sebelum ini bertanding dalam dua PRU iaitu pada 2008 dan 2013. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®