Friday, 20 June 2014

SADIS: DATUK CABUL CUCU BERUSIA TUJUH TAHUN?!

-MASYA'ALLAH ... MANGSA MENGADU DATUK SELALU MEMEGANG & MENCUCUK JARI KE DALAM KEMALUANNYA! DATUK JENIS APE NIH?-


Seorang gadis berusia 18 tahun dari Kampung Astana Lot, Kuching membuat laporan polis di Balai Polis Gita hari ini tentang anak saudara perempuannya yang telah mengadu dicabuli datuknya.

Beliau melaporkan semalam, ketika berada di rumah mereka lebih kurang jan 9 malam, anak saudaranya yang berusia tujuh tahun telah mengadu mengadu sakit di bahagian kemaluannya.

Mangsa telah memaklumkan bahawa datuknya yang berusia 60 tahun selalu memegang dan mecucuk jari ke dalam kemaluannya dan bukan itu saja, datuknya pernah menyuruhnya baring di atas badan datuknya. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi menyatakan pihak polis telah membawa mangsa untuk pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak (HUS) tetapi pihak doktor tidak dapat menjalankan pemeriksaan kerana mangsa menangis kesakitan.

Oleh yang demikian, pihak doktor Akan menjalankan pemeriksaan pada malam ini setelah mangsa dibius dan tidur, kata Roslan lagi sambil menambah kes tersebut hanya akan diklasifikasi setelah keputusan awal dari pihak doktor diperolehi.

Polis juga kini sedang mengesan saspek tersebut untuk membantu siasatan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®