Wednesday, 18 June 2014

NGERI: DITETAK PEROMPAK DIKEPALA DENGAN PEMOTONG DAGING

Keadaan lantai yang berlumuran darah di rumah mangsa
KUCHING: Seorang wanita berusia 56-tahun telah mengalami kecederaan di muka, lengan sebelah kanan dan belakang kepala dalam satu rompakan di tempat kediamannya pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku lebihkurang jam 11 pagi tadi di rumah sewanya di  4G Tabuan Desa seorang saspek yang tidak dikenali telah memasuki rumah beliau.

Siasatan awal polis mempercayai saspek berkenaan telah masuk melalui pintu belakang yang lupa dikunci selepas menjemur pakaian sementara seorang lagi saspek menunggu diatas motosikal dalam keadaan injin masih hidup di luar rumah tersebut.

Saspek dipercayai mengambil sebilah pisau pemotong daging dari dapur dan menetak mangsa sebelum melarikan dua laptop dan dua talipon bimbit dengan menaiki motorsikal yang menantinya di luar.

Mangsa kini yang di rawat di Hospital Umum Sarawak dikatakan berasa didalam stabil. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®