Friday, 6 June 2014

ADUN DAP DAPAT SUMBANGAN RM1 JUTA DARI KERAJAAN SARAWAK


Kerajaan negeri menunaikan janji untuk menampung sebahagian kos perubatan bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menderita barah otak sejak tahun lalu apabila menyerahkan bantuan kewangan RM1 juta hari ini.

Bantuan kewangan itu diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mewakili Ketua Menteri Tan, Sri Adenan Satem kepada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek itu, Irene Chang. 

Menurut Mohamad Asfia, meskipun wujud perbezaan fahaman politik, namun kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak terlepas pandang untuk menjaga kebajikan mana-mana wakil rakyat. 

Katanya, Ketua Menteri sendiri yang bersimpati dengan keadaan Ho Leng telah mengeluarkan arahan kepada Pejabat Setiausaha Kewangan negeri untuk mengeluarkan cek kewangan itu dengan kadar segera. 

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng bagi menanggung sebahagian kos perubatannya. 

“Perlu diingatkan, di Sarawak tiada tembok pemisah di antara wakil rakyat BN atau pun pembangkang," katanya dalam majlis penyerahan cek bantuan kewangan di Pejabat Speaker DUN di sini. 

Pada 15 Mei lalu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng yang mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sebelum dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu, dekat sini.

PS: Untungnya jadi pembangkang di Sarawak, bantuan perubatan pun di beri oleh kerajaan yang mereka bangkang. Sekiranya keadaan sebaliknya, mahu tak DAP membantu ADUN BN dalam situasi yang sama? Sendiri jawablah ... Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®