Wednesday, 9 April 2014

DAP CUBA TIPU LAGI?

-DI SIBU, SARAWAK, DAP SEDANG MENGADAKAN KEMPEN MENGUMPUL TANDATANGAN KONONNYA AGAR RAKYAT SARAWAK MENIKMATI TARIF ELEKTRIK YANG LEBIH "ADIL" SEDANGKAN DAP PENANG BARU-BARU INI TELAH MENAIKKAN TARIF AIR ATAS ALASAN "MENYELAMAT GENERASI MASA DEPAN"? MASA DEPAN HOTAK LU ORANG LAH! KEKEKE!!!-


Lidah pemimpin-pemimpin DAP memang bercabang, ibarat lebih berbisa dari ular yang paling berbisa. Kalau bab-bab nak menghasut rakyat untuk membenci kerajaan memang tiada tolok bandingannya.

Jika benar DAP mengambilkira kesejahteraan rakyat, mengapa harus menaikkan tarif air di Penang yang dikuasai oleh kerajaan DAP sendiri? Sepatutnya tarif di Penang diturunkan demi untuk meringankan beban tanggungan rakyat bukan sebaliknya.

Berlainan pula senarionya di Sarawak, negeri di terajui oleh BN, DAP mendabik dada sebagai "juara rakyat" dengan mengumpulkan tandatangan sebagai memberi tekanan kepada kerajaan dan SESCo agar menurunkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

Kempen tanda tangan tersebut yang dilancarkan bulan lalu sehingga hari ini dikatakan telah pun mengumpul kira-kira puluhan ribu tandatangan di seluruh negeri.

Sikap bermuka-muka DAP ini menunjukkan sifat hipokrasi yang paling keji sekali, yang hanya berkepentingan untuk meraih sokongan rakyat.

Rakyat (di negeri yang belum dijajah sepenuhnya oleh DAP) dijamu dengan pelbagai-bagai janji dan polisi namun jika sudah berkuasa, segala janji dan polisi entah kemana, seperti yang berlaku di Penang.

Hakikatnya, kenaikan tarif air di Penang sebenarnya sekadar mahu mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri kerana tidak mampu mendapatkan pendapatan melalui kaedah lain.

Rakyat Sarawak janganlah mudah terpedaya dengan dakyah sebegini yang hanya akan menghancurkan masa depan kita.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®