Sunday, 9 March 2014

SIAPA DUA PENYAMAR YANG MENAIKI PESAWAT MH370 YANG HILANG?

-DUA INDIVIDU YANG DIPERCAYAI TELAH MENYAMAR DENGAN MENGGUNAKAN PASSPORT YANG TELAH DILAPORKAN HILANG MENAIKI PESAWAT TERSEBUT-

Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.

Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®