Saturday, 29 March 2014

#PRKBALINGIAN : PKR DAH MULA BUNGKUS BEG?

-SETAKAT JAM 2 HINGGA 3 PETANG TADI SERAMAI 482 ORANG KELUAR MEMBUANG UNDI MENJADIKAN JUMLAH TERKUMPUL SERAMAI 9,332 ORANG PENGUNDI ATAU 69.82 PERATUS!-

Keyakinan dan keoptimistikkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRK Balingian memang tinggi namun yang dikejar kini hanyalah jumlah majoriti kemenangannya nanti.

Kejayaan pasti menyebelahi Yussibnosh Balo dan BN tapi setakat mana sokongan tersebut? 

Prk Balingian adalah Prk pertama yang akan di terajui oleh Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem selepas mengambil alih pucuk pimpinan.

Segala aspek keputusan Prk Balingian akan menggambarkan perjalanan yang bakal dilalui BN Sarawak dan PBB pimpinannya.

Untuk rekod, keputusan PRN N51 Baligian yang lepas adalah seperti berikut:

1. Suriati Abdullah (PKR)- 871 undi
2. TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (BN-PBB) - 6,210 undi
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) - 1,056

Jumlah mengundi - 8,253
Peratus - 70.22%
Undi rosak - 116
Majoriti- 5,154

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726

Walau apa pun, satu yang pasti adalah calon PKR Haji Jalil Bujang pasti akan kecundang buat kali yang kedua (pada PRN yang lepas Jalil tewas selepas bertanding di Jepak)..

Di fahamkan juga, pihak PKR yang berkampung selama hampir dua minggu di Mukah sudah mula membuat "membungkus beg" kerana tiada keyakinan langsung untuk menang pada PKR ini. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®