Friday, 7 March 2014

"INOW DENGAH LIKO N51 BALINGIAN?" (APA KHABAR ORANG N51 BALINGIAN?)

-PENAMAAN CALON PRK BALINGIAN PADA MAC 17, PENGUNDIAN AWAL PADA MAC 25 & HARI MEMBUANG UNDI PADA MAC 29. PASTI KEMENANGAN BUAT BN!-

Nama calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian akan diumumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon dan berkemungkinan besar, BN akan meletakkan anak kelahiran Mukah sebagai calon untuk pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem berkata walaubagaimanapun beliau belum memutuskan soal calon di Balingian walaupun sudah menerima beberapa senarai nama.
"Saya akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan beberapa pemimpin kanan parti untuk berbincang dan seterusnya memutuskan calon untuk pilihan raya kecil di Balingian."

"Kita juga berhasrat untuk meletakkan anak kelahiran Mukah sebagai calon dan seperti yang saya katakan tadi, nama calon akan diumumkan sebelum hari penamaan calon yang sudah ditetapkan pada 17 Mac 2014 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini di Kuala Lumpur," ujar beliau.

Beliau juga berkata bahawa calon tersebut perlu diberi sedikit masa untuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya kecil ini yang akan diadakan pada 29 Mac 2014.

Apabila ditanya mengenai persediaan BN Sarawak dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, Adenan mengatakan bahawa BN sentiasa bersedia dan telah membuat persiapan rapi menjelang pilihan raya tersebut.

"BN mampu mengekalkan kerusi di Balingian berdasarkan rekod terdahulu dan tidak gentar dengan niat parti pembangkang yang turut sama menghantar calon untuk bertanding," katanya sambil menambah Malaysia adalah negara yang bebas dan terpulang kepada mereka (pembangkang) sekiranya mereka juga mahu turut serta dalam pilihan raya kecil Balingian ini.

Masa yang diberikan oleh SPRM selama 12 hari untuk berkempen adalah mencukupi untuk BN melaksanakan strategi untuk memenangi kerusi DUN Balingian, katanya lagi.

Kerusi DUN Balingian telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar pada 27 Februari yang lalu selepas penyandang kerusi DUN Balingian Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ADUN sehari sebelum pengumuman tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan di Putrajaya siang tadi, "Penamaan calon yang akan bertanding di Balingian pilihan raya telah ditetapkan pada 17 Mac sementara  pengundian awal dijadual akan diadakan pada 25 Mac.

Taib, yang juga memegang dua portfolio lain; Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Pembangunan relinguished semua kedudukan di atas pelantikan beliau sebagai Yang Terutama baru Ketua Negara pada 1 Mac.

Pilihan Raya Kecil  (PRK) perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas kerusi telah dikosongka (daripada 27 Mac) susulan perletakan jawatan Taib sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian.

Baru-baru ini di Pusa, Sarawak , Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang secara terbuka mengumumkan bahawa Sarawak PAS ahli jawatankuasa Belia Abang Kerdee Abang Masagus akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk bertanding PRK DUN Balingian.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011 telah menyaksikan Taib menang bergaya dengan mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh- 1,056 undi dan Suriati -871 undi).

DUN Balingian mempunyai 11,792 pengundi yang terdiri daripada orang Melayu dan Melanau- 8093 atau 69 peratus, Iban- 2,188 atau 19 peratus, Cina- 1,510 atau 12 peratus dan hanya satu pengundi dalam "lain-lain " kategori.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®