Monday, 31 March 2014

FAKTOR-FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BESAR BN PADA #PRKBALINGIAN

Ramai yang telah menafsirkan salah satu penyebab utama BN Sarawak menang besar dalam Prk Balingian baru-baru ini adalah kerana sokongan komuniti Cina mula beralih kembali ke BN Sarawak.

Memang tidak dinafikan sebelum ini, sokongan kepada pembangkang pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan majoriti Cina memang hebat dan kuat berbanding dengan keputusan Prk baru-baru ini.

Ya, kita memang mengalu-alukan sokongan rakan-rakan Cina kita namun pada hemat saya yang tak seberapa ini, situasi ini bukanlah penyebab utama BN Sarawak menang bergaya namun terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan besar BN.

Sebenarnya, terdapat LIMA faktor utama yang telah menyumbang kemenangan ini:

1. Tampuk kepimpinan Ketua Menteri baru Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem.
i) Memberi harapan baru dengan jaminan pribadi beliau yang Baligian akan di bangunkan secara teratur.

2. Pilihan calon yang tepat, yang mesra dengan masyarakat setempat,  bukan yang jenis hanya "mesra-alam" ketika diambang pilihanraya.
i) Bukan saja Calon BN Yussibnosh Balo adalah penduduk tempatan, pemahaman beliau dengan masalah setempat begitu tinggi dari pengalamannya bekerja sebagai Pegawai Daerah di kawasan tersebut juga melonjakkan sokongan pengundi.
ii) Yussibnosh adalah seorang yang "humble to the ground" kerana semasa berkempen, beliau tidak pernah sekali pun memburukkan calon PKR atau pembangkang namun lebih memfokuskan kepada perancangan pembangunan dan pembangunan yang sudah terhasil atau sedang dijalankan di Balingian. 

3. Pendekatan pemimpin-pemimpin rakan komponen BN, baik dari Semenanjung mahupun tempatan yang lebih komprehensif dan teratur.
i) Kesudian pemimpin-pemimpin, YB-YB termasuk juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyissin Yassin dan Menteri-Menteri kabinet "berkampung" untuk berkempen di Balingian menunjukkan kesungguhan mereka mempertahankan kerusi tersebut.

4. Jentera pilihanraya BN digerakkan juga secara teratur dan  syncronised dibantu sayap Bapa, Wanita dan Pemuda BN, khususnya PBB yang bagaikan tak kenal erti penat lelah bertungkus lumus dari siang ke malam.
i) Ceramah, lawatan serta program-program yang di adakan secara bertubi-tubi dan begitu "organised" sekali.

5. Penyebaran maklumat di sepenjang tempoh Prk secara pantas menerusi media sosial (Facebook, Twitter dan sebagainya) yang juga menangkis segala tohmahan atau fitnah serta perang cywar menerusi blog-blog tempatan ataupun rakan-rakan dari Semenanjung.
i) Semangat yang mantap ditunjukkan oleh beberapa kumpulan Facebookers dan Bloggers indipenden yang berkampung di Mukah sepanjang Prk atas perbelanjaan sendiri.
ii) Peka dan up-to-date dengan situasi, mampu berinteraksi dan berdebat secara terbuka di media sosial mengenai sebarang isu, baik yang berkaitan dengan Balingian atau sebaliknya.

Segala yang saya sebutkan telah banyak membantu BN pada Prk tersebut. Harapan saya pada segala aspek-aspek yang saya sebutkan di atas akan disemarakkan lagi pada Plihan Raya Negeri yang akan datang, yang dijangka akan diadakan dalam tempoh dua tahun ini.

InsyaAllah, sekiranya garis panduan ini diikuti, tidak mustahil BN Sarawak akan mendapat kemenangan yang lebih besar berbanding PRN yang lampau.

Peringatan juga buat pucuk pimpinan agar mengkotakan segala janji yang telah diperkatakan, penuhilah segala harapan pengundi yang telah memberi anda mandat besar. Wassallam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®