Sunday, 9 March 2014

AGENSI ANTI KEGANASAN DIMAKLUMKAN MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MH370

-BIARPUN PADA TAHAP INI, BELUM ADA DITEMUI SEBARANG ANCAMAN KESELAMATAN ATAU WUJUD UNSUR KEGANASAN DI SEBALIK KEHILANGAN PESAWAT TERSEBUT, AGENSI ANTI KEGANASAN TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT BERKENAAN-

Malaysia telah memaklumkan agensi anti pengganas dari negara terbabit berikutan laporan beberapa individu yang menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu menggunakan pasport yang dicuri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia akan bekerjasama dengan agensi perisikan termasuk Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengenai perkara ini.

"Sekiranya ia satu rangkaian antarabangsa, Jabatan Imigresen Malaysia sendiri tidak mencukupi.
"Kami turut memaklumkan unit anit keganasan di semua negara berkaitan.

"Pada tahap ini, kami tidak menemui sekiranya terdapat ancaman keselamatan dan kita tidak mahu membuat kesimpulan," katanya ketika ditanya sama ada berlaku rampasan pesawat atau wujud unsur keganasan disebalik misteri kehilangan pesawat tersebut.

Mengulas mengenai dua individu yang menaiki pesawat tersebut menggunakan pasport yang dilaporkan hilang oleh warga Itali dan Austria, Hishammuddin berkata pihak berkuasa akan meneliti keseluruhan manifes di dalam pesawat tersebut.

Ini termasuk siasatan terhadap empat nama yang meragukan dalam senarai penumpang, katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®