Thursday, 13 February 2014

SIAPA MAHU UMNO & PBB BERANTAKAN?


Belum lagi secara rasmi Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya sebagai pemimpin nombor satu negeri ini, sudah ada pihak yang bagaikan cuba menghangatkan lagi keadaan dengan membuat "serangan" ke atas Taib.

Sadisnya, serangan tersebut datangnya dari seorang wartawan veteran iaitu Datuk Kadir Jasin  yang terus menuding jari mempercayai yang Taib telah mengeluarkan kenyataan menghina UMNO sebagai parti rasis seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Sebagai seorang wartawan veteran, Kadir sepatutnya mempunyai pengalaman luas dalam membuat pertimbangan kesahihan sesuatu berita lebih-lebih lagi dari portal atau blog yang memang jelas lebih cenderung kepada pembangkang dan menghentam kerajaan. 

Ataupun Kadir sememangnya sengaja buat-buat tak tahu untuk mengambil kesempatan mencari pasal dengan Taib dan PBB?

Adakah motif Kadir sengaja berbuat demikian kerana hendak melihat UMNO dan PBB  berantakan? 

Dan bagaikan mengambil kesempatan, Kadir sempat "minum sambil menyelam" dengan dakwaannya yakni kini ramai ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya melihat Najib sebagai terlalu berlembut dengan orang bukan Melayu. Apakah niat Kadir ini?

Seperkara lagi, tiada relevannya Kadir bertanya apakah masalah Taib sebaliknya beliau patut bertanya apa sebenarnya masalah dirinya sendiri dengan Taib, PBB dan UMNO sehingga sengaja "masuk perangkap" Malaysian Insider!!!

Lagi artikel berkaitan dari rakan blogger -MELANAU BLOGGER™  

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Memang sejak akhir-akhir ini tulisan Kadir Jasin banyak menghentam kerajaan. Apa yang tidak kena pada dirinya atau apa hajatnya yang tidak kesampaian. Satu perkara lagi yang menjadi tanda tanya dan takut terjadi adalah berapa bayaran yang diterima? Cuba-cubalah korek rahsia.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®