Wednesday, 15 January 2014

MABUK & TERTIDUR, ANGGOTA POLIS KEHILANGAN SENJATA API

-SUSULAN KEJADIAN TERSEBUT, SOP PENGGUNAAN SENJATA API POLIS AKAN DI KAJI  & DI PERKETATKAN! GARA-GARA SEGELINTIR ANGGOTA POLIS YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEBEGINILAH YANG TERUS MENCEMAR IMEJ & KREDIBILITI PASUKAN PDRM!-


Seorang anggota polis yang dilaporkan mabuk sehingga tak sedarkan diri dan tertidur dalam keretanya telah kehilangan senjata apinya dicuri oleh dua orang lelaki pada hujung minggu lepas.

Sumber memaklumkan kepada UnReportedNews™®, anggota yang berusia 40-an berkenaan bertugas di sebuah balai di sebuah kawasan di Sarawak sebelum itu telah memenangi nombor ekor dan minum hingga mabuk.

Beliau kemudiannya dikatakan telah tertidur didalam keretanya sebelum senjata apinya yang disimpan dalam sebuah beg kecil dalam kenderaannya dicuri.

Sehubungan itu, kes kehilangan senjata ini turut dikaitkan dengan penemuan dua kelopak pistol yang mengandungi 21 butir peluru hidup jenis P99 yang difahamkan sama dengan peluru yang dikeluarkan untuk kegunaan polis di negara ini.

Kelopak pistol itu dipercayai tercicir dari salah seorang saspek dalam satu kes cubaan mencuri kereta di sini semalam, di mana saspek berkenaan telah mengeluarkan sepucuk pistol dalam usahanya meloloskan diri semasa bergelut dengan polis.

Saspek berumur 24 tahun dari Jalan Astana, Kuching itu telah dikenalpasti identitinya dan kini sedang diburu polis, manakala rakan sepenjenayahnya yang berumur 29 tahun dari Matang Jaya, Kuching telah berjaya diberkas polis.

Dalam respon terhadap kejadian ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata SOP berkenaan perlu dikaji semula dengan mengambilkira tahap disiplin di kalangan anggota dan pegawai polis yang diamanahkan membawa senjata berkenaan.

"Prosedur Kendalian Standard (SOP) penggunaan dan penjagaan senjata api yang digunapakai Polis sekarang masih gagal mengelakkan kehilangan aset berkenaan dan perlu diperketatkan lagi."

Junaidi berkata kejadian terbaharu ini sudah menampakkan keperluan untuk mengkaji semula latihan kepolisan bagi memastikan anggota dan pegawai yang terlatih juga mempunyai disiplin dan jati diri yang tinggi.

"Saya melihat polis sekarang berada dalam zaman yang keterlaluan. Orang polis (sepatutnya) perlu sentiasa berwaspada. (Tetapi) Semua benda (sudah menjadi) keterlaluan. Minum (arak) pun sampai mati," katanya. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®