Tuesday, 21 January 2014

GAMBAR: PEKERJA MAUT KEPALA TERSEPIT DI LIF

-MANGSA DIJUMPAI DALAM KEADAAN YANG NGERI DIMANA KEPALANYA TERSEPIT DIBAHAGIAN LIFT BARANG DI BANGUNAN DIMANA BELIAU BEKERJA!-




Seorang remaja berusia 18-tahun yang bekerja di sebuah kedai hardware terletak di sebuah pusat membeli belah di Tabuan, Kuching di temui mati dalam keadaan yang ngeri petang tadi.

Difahamkan, rakan sekerja mangsa yang menemui mangsa lebih kurang jam 4.30 petang tadi dalam keadaan kepalanya tersepit dibahagian lif yang digunakan untuk membawa barangan hardware.

Mangsa dipercayai telah meninggal sertamerta ditempat kejadian dan mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang telah dimaklumkan perkara ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal polis di tempat kejadian tiada sbrg unsur jenayah dan kes diklasifikasikan SDR (mati mengejut). 

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek ketika dihubungi mengesahkan berkenaan dan siasatan masih diteruskan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®