Tuesday, 24 December 2013

CUBAAN PECAHMASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI GAGAL, TEMBAKAN DILEPASKAN

-POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN SETELAH DUA SASPEK CUBA MENYERANG MEREKA DENGAN PARANG! SYABAS PDRM!-


Niat dua orang pencuri untuk memecahmasuk ke dalam rumah Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terletak di jalan Tengah berdekatan dengan Bandaraya Kuching pada awal pagi tadi tidak kesampaian apabila kehadiran mereka di sedari oleh pihak keselamatan.

UnReportedNews™® di fahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi semasa dua orang anggota PGA dan tiga orang anggota rela meronda berdekatan rumah tersebut sebelum terserempak dengan dua orang lelaki bertopeng telah masuk kedalam pagar kawasan rumah berkenaan.

Apabila diarah untuk menyerah diri kedua saspek yang masing-masing bersenjata parang terus meluru kearah mereka dan salah seorang anggota PGA melepaskan tembakan ke udara menyebabkan kedua-dua saspek melompat keluar pagar dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota PGA telah menjumpai satu alat pemotong besi, satu besi berhulu kayu dan beg sandang hitam yang ditinggalkan oleh saspek.

Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini berada di London, United Kingdom mengesahkan kejadian apabila dihubungi UnReportedNews™® sebentar tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®