Monday, 11 November 2013

RAKYAT MALAYSIA MENOLAK JENAYAH KEKERASAN

-KECEKALAN & INISIATIF PIHAK POLIS SERTA MAKLUMAT DARI ORANG RAMAI ADALAH KUNCI KEJAYAAN POLIS MEMBERKAS SUSPEK YANG MEROMPAK & MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK! TAHNIAH PDRM & RAKYAT MALAYSIA!-


Tidak kira betapa baik atau "up-to-date" kelengkapan PDRM namun tanpa bantuan atau maklumat orang ramai, PDRM mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha menegak dan menguatkuasakan undang-undang.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini sambil menambah bahawa rakyat bukan sahaja perlu menghormati dan mematuhi undang-undang tetapi juga perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam yang selamat dan negara terjamin.

"Agensi penguatkuasaan juga tidak boleh di mana-mana dan dengan itu orang ramai mesti bertindak sebagai mata dan telinga mana-mana pelanggaran undang-undang.

Junaidi berkata demikian ketika ditemubual oleh UnReportedNews™® menerusi telefon pagi tadi mengenai kejayaan PDRM memberkas suspek perompak yang membunuh pegawai Ambank semalam.

"Tindakan polis mesti disokong sepenuhnya kerana mereka adalah pertahanan pertama dan terakhir terhadap jenayah dan mana-mana perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan awam ."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong kini dalam lawatan rasmi ke Singapura untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri negara tersebut berkaitan keselamatan dan penyalahgunaan dadah.

Beliau juga yakin rata-rata rakyat Malaysia menolak jenayah kekerasan dan boleh bekerjasama dengan PDRM dalam usaha membentras apa jua kegiatan jenayah.

Sementara itu, suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi.

Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. 

“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya.

Laode Ardina menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000 namun polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar. 

Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara di sebuah jeti di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

“Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” tambah Khalid lagi pada satu sidang media sebentar tadi.

Awal pagi tadi, siasatan pihak polis terhadap suspek menjurus kepada penemuan senjataapi iaitu selaras pumpgun yang berisi empat peluru dalam sebuah longkang besar kira-kira 500 meter dari tempat kejadian yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut..

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®