Monday, 4 November 2013

MANA-MANA DIPLOMAT ASING YANG MENGINTIP AKAN DITANGKAP!

-POLIS AKAN MENANGKAP DIPLOMAT ASING YANG MELAKUKAN PENGINTIPAN DI NEGARA INI-KPN! JANGAN KASI CAN SAMA DIER! KEKEKE!-

Polis akan menangkap diplomat asing sekiranya mereka didapati terlibat dalam pengintipan di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pada tahun 1980-an, polis telah menahan diplomat asing yang terlibat dalam aktiviti pengintipian di negara ini dan akan berbuat demikian lagi sekiranya terdapat bukti mereka melakukan perbuatan itu.

Beliau juga berkata, polis mempunyai hubungan rapat dengan rakan sejawat di luar negara, tetapi hanya melibatkan kegiatan jenayah merentas sempadan.

Sebelum ini Amerika Syarikat (AS) dan Australia diminta segera membuat penjelasan terperinci dan telus mengenai dakwaan kegiatan intipan dilakukan kedua-dua negara perwakilan itu, di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dakwaan itu sangat serius kerana ia memperjudikan keselamatan negara.

“Kita nak tahu secara terperinci apa dan siapa yang diintip Amerika Syarikat dan Australia kerana kita bimbang ancaman tindakan sedemikian terhadap kepentingan negara.

“Ia (intipan) juga perlu dijelaskan secara telus dan tidak berselindung kerana jika ia gagal dilakukan hubungan setiakawan yang sudah terjalin selama ini akan berubah menjadi tegang,” katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®