Wednesday, 6 November 2013

KISAH CARIK PERUNTUKAN CYBER DI SARAWAK!

-SEKARANG NI, BUKAK AKAUN FB & TWITTER, JENG-JENG-JENG; ANDA BOLEH MENGAKUI ANDA SENDIRI SEBAGAI "CYBERTROOPER"!-

Hai, zaman moden ni macam-macam jer cara nak mencarik duit cepat. Trend terkini di alam maya, buat-buat macam ada satu team cyber, simpan nama komersial sikit, pastu cuba mintak peruntukan.

Lately, aku tengok, ada satu puak ni tengah berkempen nak promo team dier orang dalam media sosial Facebook, aku malas nak letak nama dier orang secara direct so aku beri nama nickname dier ni "Team Serangga". (Korang tau sapa yang aku maksudkan ni kan? Kekeke!!!)

Suka hati jer si labu ni simpan nama.. Serangga Kuchinglah, Serangga Satok ler, macam-macam serangga ada, tapi yang peliknya bila ada program kerajaan yang dilangsungkan di kawasan-kawasan Serangga ni berada (atas dasar nama mereka) takde ler pulak pulak serangga-serangga ni mengpromokan program-program ini. Pelik kan?

Tapi bab PM Najib melawat sana-sini..fuh, pantas jer meng"share" (Hmm .. ni mesti nak masukkan dalam KPI nanti bila nak pancing PM Najib mintak peruntukan kan? Kekeke!!!) Halo Peng Yu, kalo setakat share dan tag maklumat-maklumat yang dah banyak tersebar dekat tenet tu bang, anak aku boleh buat cam tu! Kalo nak sangat, promolah event-event di seluruh Sarawak nih!

Korang ambik contoh mudah, sewaktu PBB konvensyen tak lamer dulu, berapa ekor serangga ni meng"cover" konvensyen lima hari tu? Takkan lah Serangga Pending, Satok, Kuching, Padungan tak ada excess nak pegi cover sana sedangkan rakan-rakan blogger aku Melanau Blogger & SematanKeLawas pun dapat pas media buat coverage event PBB tuh. 

Camner pulak event-event besar yang berlangsung dalam kawasan di mana "Serangga-serangga" ni kononnya berada? Hari Malaysia? Maal Hijrah? Takkan sekor Serangga pun tak mempromosikan event-event penting nih!

Bottomline, Team Serangga ni sebenarnya mungkin dipelopori oleh sekerat dua kerat orang jer, paling ramai pun 10 orang tapi hajat di hati mereka sebenarnya dah memberi gambaran kepada semua orang yang mereka ni organised, established dan meliputi seluruh kawasan negeri Sarawak walhal, Bandaraya Kuching ni pun tak terdaya nak meng"cover".

Di bawah ada satu perbualan telepon yang telah dapat di intercept-

......"Hallo Datuk, Wa punya team sudah ready, ada 200 cyber-trooper Serangga stand-by di setiap pelusuk Sarawak untuk Pilihanraya Negeri ke 11 nanti..haaa..tapi dier orang punya elaun satu worang RM5,000 lah Datuk, itu belum masuk dier worang punya gajet so semua dalam RM1.5 juta Datuk, boleh kah? ...wokey-wokey, Wa draft proposal sekarang!".......

Opss.. minta maaf, perbualan talipon di atas mungkin hanya ilusi atau khayalan aku tapi kebarangkalian ianya berlaku mungkin tidak mustahil kan?

Pesanan aku kepada team ini, janganlah nak memburukkan imej cybertrooper-cybertrooper Sarawak yang lain yang benar-benar memperjuangkan Barisan Nasional sedangkan anda-anda semua sebenarnya hanya nak mengambil kesempatan mengaut "gula-gula"! Kekeke!!!

PS: Kepada geng-geng Serangga tu, dahlah, jangan nak tag atau fren dengan aku, aku tak hingin pun ada kaitan dengan korang..

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®