Friday, 8 November 2013

KARPAL CAKAP TAK SERUPA BIKIN

-JANGAN BANYAK PUSING-PUSING LAH, ITU DEPAN ADA, BELAKANG JUA MAU PUSING! NAK MANSUHKAN PARTI/PERSATUAN BERASASKAN AGAMA ATAU KAUM? KARPAL DICABAR MANSUHKAN DEWAN PERNIAGAAN CINA PULAU PINANG TERLEBIH DULU! KEKEKE!!!-

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing tidak bersetuju sama sekali dengan saranan memansuhkan parti-parti politik berasaskan kaum atau organisasi profesional.

Semalam, Masing, yang juga ADUN Baleh, mencabar Pengerusi Democratic Action Parti (DAP) Karpal Singh yang membuat saranan tersebut untuk memulakannya dengan membubarkan Dewan Perniagaan Cina dan Industri dan Persatuan Cina Pulau Pinang terlebih dahulu.

Menteri Kemajuan Tanah itu berkata MP Bukit Gelugor Karpal sememangnya "cakap tak serupa bikin" dengan saranannya dengan bermula di Pulau Pinang sekiranya beliau serious dengan gesaannnya tersebut.

"Jika beliau (Karpal) benar-benar percaya dengan saranannya membubarkan parti-parti politik berasaskan kaum dan organisasi profesional maka dia harus mengambil tindakan terlebih dahulu dengan membubarkan Dewan Perniagaan Cina dan Industri dan Persatuan Cina Pulau Pinang di Pulau Pinang," kata Masing, mempertahankan status semasa UMNO, MCA, MIC, SDNU, Dubs, SCCI dan pelbagai parti dan persatuan berasaskan kaum lain.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®