Sunday, 20 October 2013

TRIO PENYANDANG NAIB PRESIDEN UMNO KEKAL!

-ZAHID, SHAFIE & HISYAM KEKAL SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO SETELAH MENANG MENEWASKAN TIGA PENCABAR YANG LAIN-


Trio Naib Presiden UMNO sebelum ini terus kekal bersama dalam saf kepimpinan UMNO selepas calon ketiga Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya memperolehi 92 undi mendahului pencabar rapatnya Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 77 undi.

Terdahulu calon pertama menang ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sehingga kini sudah memperoleh 153 undi.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon kedua mengesahkan kemenangan kerusi Naib Presiden UMNO dan ketika ini sudah pun mengumpul 142 undi.

Bagi dua calon lain iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Abdul Samad, mereka telah kalah dalam perebutan kerusi dan setakat ini masing-masing menerima lapan dan tujuh undi.

Menurut Ahmad Zahid, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.

“Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno,” katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.

Bagi Shafie pula, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu Presiden dan Timbalan Presiden Parti dalam menghadapi cabaran akan datang.

“Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini,” katanya.

Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.

Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.

Di kesemua 191 bahagian UMNO seluruh negara, seramai 146,000 orang perwakilan mengundi bagi memilih Naib Presiden UMNO bagi tempoh 2013 hingga 2016. (sumber)

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Salam. Tahniah Datuk Seri Hishammuddin. Rakyat Malaysia masih mahu menaruh harapan pada Datuk. Harap-harap Datuk ubah persepsi mereka yang mengatakan Datuk lembik, lemah dan hanya setakat memberi amaran tanpa tindakan. Mungkin mereka lupa yang Datuk mempunyai strategi yang lain yang mereka kurang fahami. Apa yang datuk buat atau lakukan bukan dalam jangkaun pemikiran mereka. Itu keadaan masa dulu yang Datuk cuba mempertahankan pukulan gelombang dari puak-puak PR yang cuba mengucar-kacirkan Malaysia seperti apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain.

    Tapi keadaan sekarang telah berubah, tindakan tegas, bersih dan berwibawa kehendak majoriti Masyarakat Melayu selepas PRU 13. Kurangnya sokongan masyarakat Cina , Umno makin kuat yang lemah adalah parti komponennya sahaja. Jadikan ini satu ikthibar. Selagi kita berlaku dan bersifat adil, sokongan adalah di pehak BN. Berjuanglah bergandingan bersama Perisiden, Timbalan Perisiden dan tiga Naib Perisiden saya jangkakan PRU 14 Nanti akan memehak kembali kepada UMNO/BN.

    Selamat berjuang, Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Shafiee Dan Datuk Seri Hishammuddin, semuga Allah memberi kebijaksanaan , kecerdasan, kefahamam dalam merangka dasar-dasar yang dirancangkan. Amin...

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®