Sunday, 20 October 2013

PBB OH PBB!!!

-RAKAN-RAKAN PBB YANG DATANG KE KONVENSYEN AGUNG PBB, ADA YANG DARI JAUH, ADA YANG DEKAT, FAHAMI & SELAMI PENGERTIAN DI SEBALIK MENGAPA KONVENSYEN TERSEBUT DI ADAKAN, JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG MENIMBA ILMU YAKNI ILMU & IMFORMASI PENTING YANG MUNGKIN BOLEH DISAMPAIKAN AKAR UMBI MASING MASING!-


Terlebih dahulu admin UnReportedNews™® ingin memohon sepuluh jari dan kemaafan sekiranya mungkin ada yang tersinggung dengan entri di blog ini kali ini, lebih-lebih lagi rakan-rakan ahli PBB sekalian.

PBB telah menghabiskan ratusan ribu ringgit, mungkin juga jutaan ringgit dalam membuat segala persiapan sepanjang empat-hari Konvensyan Agung PBB yang ke-13 yang dihadiri oleh kira-kira 4,850 orang delegasi PBB seluruh Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Syabas buat semua peserta-peserta dari golongan perwakilan PBB yang benar-benar mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut namun agak malang bagi segelintir mereka yang mengambil sikap tak endah pada beberapa segmen yang telah dilangsungkan di sepanjang konvensyen tersebut.

Ada di antara mereka bagaikan tidak menghiraukan atau menghadiri program-program yang telah disediakan semasa konvensyen tersebut namun memilih untuk berlegar-legar di kawasan lobi BCCK malah yang lebih sadis lagi, meninggalkan BCCK dengan menaiki teksi!

Buat mereka yang admin UnReportedNews™® maksudkan di atas, perwakilan-perwakilan PBB semuanya sudah matang dan harus memahami mengapa mereka dijemput datang untuk berkonvensyen yakni, menimba ilmu dalam masa yang terhad bukannya bertujuan untuk makan angin, bersiar-siar ataupun saja-saja.

Kehadiran anda-anda semua di konvensyen PBB sebenarnya adalah AMANAH PBB, iaitu menyampaikan segala yang apa yang disalurkan di sepanjang konvensyen tersebut oleh pemimpin tertinggi PBB kepada akar umbi apabila balik ke kawasan masing-masing tapi, bagaimana hendak menyampaikan pesanan yang anda sendiri pun tak tahu menahu pucuk pangkalnya?

Adalah membuang masa sahaja kiranya kehadiran mereka-mereka yang admin UnReportedNews™® maksudkan di atas dan adalah lebih baik kiranya perwakilan lain yang benar-benar menimba ilmu dan lebih bertanggungjawab di jemput ke konvensyen berkenaan kan?

Perlu di ingatkan kata-kata Pengerusi PBB dan juga Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam ucaptamanya, ahli PBB hendaklah ikhlas dalam usaha memberi jaminan kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat, namun keikhlasan tersebut seharusnya direalisasikan kepada Parti PBB dengan menghadiri segala program yang telah dirancangkan di sepanjang konvensyen tersebut terdahulu. Wassalam.

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Sangat setuju artikel ini. Teguran membina yang wajar dilakukan.

    ReplyDelete
  2. Betul. Nawaitul perlu ada dalam setiap tindakan dan lafaz sebagai permulaan

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®