Friday, 11 October 2013

HOI DAP SARAWAK! JANGAN HINA ISLAM!

-SINDROM MEMPERGUNAKAN UNSUR AGAMA DALAM POLITIK DAH MENULAR KE DALAM DUNIA POLITIK SARAWAK! JANGAN NAK MEMANDAI-MANDAILAH AZIZ OI! KEKEKE!!!-

Setelah gagal dalam usaha meraih sokongan daripada majoriti penduduk Islam Sarawak dalam kempen pilihanraya yang lepas, kini DAP mencuba pula satu cara yang lebih berani. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri, satu institusi Islam diheret sebegini hina oleh satu parti bukan Islam.

Kita tidak membela mana-mana pihak jika berlaku penyelewengan, tetapi kes yang sedang dalam siasatan SPRM tidak ada kena mengena sedikitpun dengan peranan TBS (Tabung Baitulmal Sarawak) terhadap orang Islam di negeri Sarawak. 

Untuk apa DAP beriya-iya hendak tahu hal-ehwal pengurusan zakat Islam? Dan apa rasionalnya seorang pembantu ahli politik Cina meminta laporan urusan kewangan TBS selama 12 tahun? 

Kita terkilan kini mufti Sarawak, seorang ulama yang kita segani yang kita boleh rujuk dalam bab fatwa dan hukum hakam diperlekehkan sehingga difitnah seolah-olah beliau bersekongkol dengan penyelewengan. Adakah DAP cuba menggambarkan mufti negeri kita ini seorang penyangak, tergamak memanipulasi kedudukannya untuk kemegahan dan menunjuk-nunjuk? 

Sebagai contoh, bolehkah orang Kristian terima jika Biskop besar mereka pula dituduh menyeleweng dana kutipan gereja untuk kepentingan diri oleh parti umno?

Agak keterlaluan Parti DAP di negara kita. Tidak cukup dengan mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputra, mereka juga satu kelompok yang mempergunakan orang Melayu dalam PAS untuk menyerang kedudukan Sultan dan raja-raja kita dan sekarang mereka memperkudakan seorang pemuda Melayu untuk mempertikaikan ketelusan institusi Islam di negeri kita.

Antara kenyataan biadap yang kita tidak boleh terima daripada mereka di bawah;  

Kembali kepada ajaran Islam

Aziz juga mempertikai mengapa TBS menggunakan duit zakat untuk melabur.

“Di mana hukum Islam dalam Al-Quran dan Hadis yang membenarkan kita menggunakan duit zakat dilaburkan untuk tujuan kemegahan?

“Mufti negeri berkata pelaburan mengikut hukum, mana hukumnya? Dan berapa kos pembinaan KIS?

Mengapa menggunakan duit zakat, dana baitulmal atau dana wakaf?”(sumber

Tinggi sangatlah darjat ilmu Aziz sampai nak mengajar mufti kembali kepada ajaran Islam. Lupa agaknya dia siapa DAP sebenarnya, janganlah kerana kedudukan sementara yang diberikan dalam parti maka kamu sanggup mengaibkan agama sendiri.

Kalau nak mengutamakan kebajikan orang Islam miskin ada caranya, bukan dengan bersekongkol dengan parti bukan Islam untuk menjatuhkan institusi Islam itu sendiri. Kalau kemaruk sangat populariti, terjun sajalah dari puncak Dewan Suarah Kuching, kepala dulu. Insyaallah suratkhabar cina akan pampang wajah mayat tanpa ditapis-tapis lagi.

Mereka (DAP) begitu kecoh menyebarkan penyalahgunaan dana zakat, baitulmal dan wakaf untuk pelaburan walhal mereka sendiri tidak pasti hujung pangkal berita kerana tidak diberikan laporan kewangan oleh TBS. 

Persoalannya dari mana mereka peroleh maklumat sehingga mengaitkan mufti negeri?  Baca seterusnya di blog rakan blogger Sarawakian Marks

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®