Thursday, 24 October 2013

GAMBAR: PENGAWAL KESELAMATAN ROMPAK & BUNUH PEGAWAI BANK WANITA!

-MUKA PEGAWAI BANK WANITA TERSEBUT YANG BERUSIA 37-TAHUN BERKECAI AKIBAT DITEMBAK DENGAN "PUMP-GUN" DARI JARAK DEKAT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN BANK DI SUBANG JAYA SEMALAM! SASPEK DI BERKAS POLIS KETIKA HANDAK MEMBELI TIKET PENERBANGAN BALIK KE SABAH? KO NAK LARI KE MANO JANG? KEKEKE!!!-


Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan  oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang  kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.



Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.

Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.

Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.

**Maklumat terkini yang belum dapat disahkan mengatakan suspek, Ardi Hamza telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®