Friday, 18 October 2013

GAMBAR: ALL THE BEST PBB!

-KONVENSYEN  PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) KE 13 BERMULA HARI INI!-


Semoga segala urusan sepanjang Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-13 selama lima hari, bermula hari ini akan berlangsung dengan selancar-lancarnya.

Dari raut muka ahli-ahli -muka pewakilan PBB yang mula membanjiri Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pagi ini, mereka semuanya menyambut baik saranan agar semua pemilihan jawatan dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-13 dilakukan dalam suasana penuh kekeluargaan dan persaudaraan.

Pertandingan juga diyakini tidak membabitkan politik wang kerana ianya adalah persaingan "dalam keluarga", ia dalam keluarga, jadi ia (dijalankan) dengan penuh semangat persaudaraan. 

Enam pemimpin akan merebut jawatan termasuk Naib Presiden bagi kuota sayap Bumiputera; Datuk Talib Zulpilip, Datuk Abdul Wahab Aziz, Datuk Bolhassan Di, Datuk Julaihi Narawi dan Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Bagi 11 jawatan Ahli Majlis Tertinggi (Bumiputera), mereka yang bertanding ialah Datuk Aidan Wing, Dr Abdul Rahman Ismail, Akit Sebli, Pandi Suhaili, Ahmad Lai Bujang, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datu Len Talif Salleh, Dr Hazland Hipni, Murni Suhaili, Dr Abdul Rahman Junaidi, Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, Mohammad Razi Sitam, Datuk Idris Buang dan Zainulabidin Ismail.





Perhimpunan Agung PBB Ke-13 diadakan dari 18 hingga 22 Oktober ini di BCCK dijangka dihadiri kira-kira 6,000 perwakilan dan pemerhati dimulai  dengan Pergerakan Pemuda PBB, pemilihan akan diadakan pada 18 Oktober (hari ini), manakala bagi badan induk pada 21 Oktober.

Jawatan Presiden yang disandang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Presiden disandang Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg tidak dipertandingkan.

Begitu juga jawatan Naib Presiden Kanan yang disandang Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijangka merasmikan konvensyen itu pada 21 Oktober.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®