Saturday, 14 September 2013

SUBSIDI MINYAK HANYA TERSASAR KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI?

-JADI ADA BAIKNYA KERAJAAN MENGURANG SUBSIDI MINYAK SEPERTI SEKARANG & MENGFOKUSKAN SUBSIDI TERSEBUT MEMBANTU GOLONGAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH MENERUSI SUBSIDI DALAM BENTUK YANG LAIN! BETUL TAK? KEKEKE!!!-

Kajian oleh Kerajaan menunjukkan pemberian subsidi bahan api adalah tidak bersasar tetapi tersasar di mana rakyat berpendapatan tinggi mendapat menafaat terbesar berbanding rakyat berpendapatan rendah. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Malaysia ke atas petrol RON 5, hanya 30 peratus disumbangkan oleh kumpulan berpendapatan kurang daripada RM3,000  sebulan. 

"Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah RM132 sebulan, berbanding RM375 sebulan oleh isi rumah yangg berpendapatan lebih RM5,000 sebulan."

"Kajian oleh IMF Tabung Kewangan Antarabangsa pula mendapati, di seluruh dunia, manfaat subsidi petrol kepadd rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik."

"Lebih 80 peratus daripada manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair LPG, 65 peratus dan 70 peratus daripada manfaat subsidi dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi."

Ahmad menambah, namun, pemberian subsidi tertentu akan diteruskan tetapi perlu bersasar (targeted) kepada rakyat yang layak bukan tersasar.

"Perlu diingat perkataan PURATA adalah amat penting. Contohnya dalam sebuah isi rumah yang ada ayah, ibu dan tiga anak, maksud purata pendapatan RM3,000 ialah pendapatan lima orang dalam rumah itu samada ibu atau anak-anak yang mendiami dalam rumah itu bekerja atau tidak, kecil, besar, masih bersekolah atau tidak."

"Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah juga begitu, dibahagi kepada yang ada kereta, ada motorsikal dan lain-lain dalam rumah itu, isi rumah dari Perlis hingga ke Sabah, rumah teres atau rumah panjang, bandar atau di kawasan pedalaman."

Ahmad menjelaskan, maksud purata juga ialah sebahagian isi rumah berbelanja lebih, sebahagian pula kurang daripada angka yang dinyatakan itu dan angka itu betul untuk purata seluruh negara.

"Pengiraan purata itu pula bersumberkan daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah 2009/10 (Household Expenditure Survey HES) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dibuat setiap lima tahun sekali]".

Ahmad berkata demikian dalam ucapannya di Kementerian Kewangan MOF Putrajaya selepas Majlis Bantuan sempena Syawal kpd 503 staff MOF yang terpilih daripada kategori sokongan, OKU, ibu tunggal dan lain-lain tentang Rasionalisasi Subsidi pada Khamis yang lepas.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®