Monday, 16 September 2013

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MENCEMAR DULI MERASMIKAN SAMBUTAN 50-TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA

-DAULAT TUANKU-

Hujan renyai-renyai di awal pagi tidak mematahkan semangat masyarakat Sarawak untuk bersama-sama menghadirkan diri di Majlis Sambutan Ulangtahun ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di Bandaraya Kuching di sini pada pagi ini.

Lebih dari 15,000 orang termasuk 7,000 telah mengambil bahagian dalam Perarakan Istiadat secara besara-besaran untuk memperingati Sambutan Jubli Emas yang ke-50 sempena kemerdekaan Sarawak selepas pembentukan Malaysia yang bertemakan "Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati". 

Sambutan Ulangtahun ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia telah diserikan lagi dengan kehadiran pasangan Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Raja Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Biarpun langit nampak gelap dan akan turnnya hujan lebat, bagaikan meredai majlis tersebut, hujan yang turun dengan renyainya tiba-tiba terhenti jam 8.50 pagi sejurus Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memulakan ucapannya.

Mengingatkan, perpaduan yang kita nbikmati selama ini tidak akan terjejas dan perbezaan politik diharapkan tidak akan menjejak negeri kerana keurtamaa adalah rakyat, Taib dalam ucapannya juga memberi jaminan apa saja masalah, samada di peringkat negeri atau pusat akan mereka selaesaikan bersama-sama.

Selain pasangan Diraja, majlis juga di hadiri oleh barisan Tuanku Sultan-Sultan serta Permaisuri masing-masing, Ketua Negeri Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Datuk Patinggi Norkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Sri Muhyiddin Yassin dengan isteri masing-masing dan kebanyakan Menteri Kabinet Malaysia.

Najib dalam ucapannya berkata sambutan tersebut bukan di ukur dengan jumlah hadirin yang hadir namun di ukur dari sanubari hati rakyat Sarawak, reayat Malaysia yang melalui Perjanjian Cobolt mereka ingin merdeka dalam Malaysia dan ianya terbukti adalah keputusan tersebut adalah betul.

"Sarawak dalam Malaysia, boleh maju dalam 50 tahun lagi di bawah Barisan Nasional kerana ikatan padu, permuafakatan dan kerjasama diantara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan Pusat."

Matlamat terkini adalah memupukkan jati diri, memperkasakan ekonomi dan membangun Sarawak setanding dengan Semenanjung, tegas Najib.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®