Saturday, 14 September 2013

SEKEJAP UP, SEKEJAP DOWN, APA NAK JADI NI PDRM?

-LAGI TAHANAN BOLOS DARI KAWALAN PDRM .. JANGAN KASI MALU PDRM  LER!-

Semalam ramai di antara kita menarik nafas lega bila pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menembak mati dua orang lagi penjenayah paling dikehendaki di Melaka.

Pegawai dan anggota ini sebenarnya ‘menyabung nyawa’ kerana telah diserang dengan sekurang-kurangnya lima das tembakan daripada penjenayah terbabit.

Kalau tengok di kaca televisyen semalam, kita boleh lihat kenderaan mereka berlubang-lubang dek tembakan rambang yang dilepaskan penjenayah keparat itu.

Imej PDRM di mata masyarakat kini berada di tahap cukup tinggi, apatah lagi bila mereka dilihat bersungguh-sungguh untuk memerangi kegiatan jenayah seperti mana dalam Ops Cantas yang dilancarkan sejak sebulan lalu.

Namun kegigihan dan kesungguhan mereka nampaknya cuba dicemari oleh segelintir rakan-rakan mereka dalam pasukan sendiri.

Kes tahanan bolos makin ‘galak’ berlaku.

Terbaru, seorang tahanan lelaki warga Iran berjaya melarikan diri ketika hadir di Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Rafat Manesh Gavhei Mahmood, 48, ditahan pada 20 Feb lepas kerana kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, dipercayai melarikan diri pukul 10.30 pagi ketika berada di sekitar sel tahanan mahkamah tersebut dengan tangannya TIDAK BERGARI.

Kejadian berlaku selepas lelaki berkenaan selesai mendengar sebutan kesnya mengenai perpindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu melarikan diri ketika dia dan beberapa tahanan lain dalam proses untuk dibawa balik ke Penjara Sungai Buloh.

Apa sudah jadi?

Tahun 2013 lagi belum lagi melabuh tirainya tetapi dah banyak kes tahanan bolos telah dilaporkan. Antaranya;

Januari – Sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring.

Jun -Muhammad Juli Hadi, 24, yang beralamat di Kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Ajil, Terengganu bertindak melompat dari trak polis dan melarikan diri ketika dia dan 10 lagi dibawa keluar daripada kompleks mahkamah  di Kuantan.

Ogos - Seorang Pengedar Dadah Nigeria telah ditangkap baru – baru ini dengan penglibatan Dadah Antarabangsa bernilai 9 Juta , melepaskan diri dari dalam Lokap Balai Polis Jinjang 

September – 1) Seorang tahanan meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari penjara Alor Setar, Kedah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, Perak bagi menghadiri prosiding mahkamah.

2) Seorang tahanan memberi helah mahu membuang air besar untuk melarikan diri ketika menaiki van polis di tandas Tol Setul, susur keluar Seremban – Temiang. Negeri Sembilan.

Bagi penulis, kini sudah tiba masanya siasatan perlu menjurus dari segi Standard Operating Procedure (SOP) dan tidak terhad kepada kecuaian anggota semata-mata.

Betul, kalau SOP yang ada sekarang sudah memadai, lihat pula dari segi logistik, peralatan dan jumlah anggota.

SOP yang ‘cantik’  akan menjadi HODOH sekiranya ia tidak disokong oleh faktor-faktor yang disebutkan tadi.

Contohnya penggunaan gari, tak guna tulis benda ini dalam SOP kalau gari yang digunakan pun sudah berkarat (apatah lagi kalau tak guna gari langsung).

Kenderaan – lihat balik kenderaan itu – adakah ia sesuai digunakan untuk membawa tahanan – atau tak lebih macam kenderaan yang bawa mangsa mati kemalangan.

Jumlah anggota, tengok balik berapa yang bekerja, berapa ramai yang ditugaskan untuk tugasan escort, beramai-ramai yang kena iring kalau tahanan mengadu nak ke tandas dan sebagainya.

Kita jangan hanya bangga dengan SOP yang sedia ada, kalau ada yang perlu diubah, ia perlu diubah.

Kalau ada yang perlu penambahbaikan, lakukan penambahbaikan.

Kemahiran untuk anggota polis di mahkamah dan yang mengiring tahanan juga perlu ada.

Polis mahkamah bukan tempat ‘sejuk beku’ .

Mereka kena sentiasa dilatih dari masa ke semasa khususnya dari aspek teknik bela diri, tempur tanpa senjata, teknik mengawal tahanan dan sebagainya.

Kalau perlu, mereka hendaklah digilirkan agar tidak berada dalam zon selesa atau  ’zon karat’.

Usaha keras majoriti pegawai dan anggota polis tidak akan membawa makna kalau masih ada segelintir daripada mereka yang ambil mudah dalam karier yang mulia ini.

Pada yang berkenaan, tolong jangan kotorkan imej PDRM.

Kalau rasa malas – baik berhenti saja dari pasukan…jangan kasi malu kawan-kawan! (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®