Monday, 9 September 2013

PENIPUAN CEC DAP-GUAN ENG NAK ANGKAT SUMPAH DIA TAK TERLIBAT?

-"JOKE OF THE YEAR" - DAP SIBOK-SIBOK PASAL "BLACKOUT-PRU13" YANG TAK PERNAH WUJUD SEDANGKAN PEMILIHAN PARTI DAP SENDIRI ADA UNSUR-UNSUR PENIPUAN YANG JELAS! MANA KETELUASAN YANG DAP LAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI? CAKAP JER LEBIH! KEKEKE!!!-

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digesa mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Menurut Naib Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM) Liang Kak Chean, tindakan itu perlu bagi membuktikan ketulusan pemimpin tersebut sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat terutama masyarakat Cina terhadap kepimpinan beliau.

Menekankan yang rakyat perlu mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP, Cheah menjelaskan, keberanian Guan Eng mengangkat sumpah sudah cukup membuktikan kepada rakyat terutama penyokongnya beliau seorang pemimpin yang jujur dan berkaliber.

Guan Eng sebelum ini, didakwa membawa sebanyak 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang untuk mengundi pemimpin tertentu dalam pemilihan CEC sedangkan dalam masa sama, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak diberi notis untuk menghadiri mesyuarat tersebut, tegasnya lagi serta menambah, selain mengangkat sumpah Setiausaha Agung DAP itu turut dicabar mengemukakan bukti beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi berhubung pemilihan tersebut.

"Selagi Guan Eng enggan mengemukakan bukti, beliau tidak layak membuat kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO sengaja mencetuskan kontroversi berkenaan pemilihan CEC dengan tujuan menjatuhkan DAP," katanya. 

Dalam perkara yang sama, Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu memberi penjelasan sama ada Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berbohong mengenai kewujudan sebanyak 500 surat salinan asal yang dikatakan ditandatangani para perwakilan parti itu.

Aktivis MIC Datuk R. Ramanan berkata, Anthony sebelum ini mendakwa menerima surat perwakilan itu yang menyatakan tidak dapat hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 15 Disember tahun lalu dan akan mengemukakannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai bukti.

"Walau bagaimanapun, sehingga sekarang, surat itu masih belum diserahkan kepada ROS untuk siasatan bagi memastikan kesahihannya dan sehubungan itu, kami meminta Karpal meminta maaf kepada ROS dan kaum Cina atas pembohongan yang dilakukan Anthony," katanya lagi.

Karpal juga perlu menjelaskan sama ada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terlibat dengan Anthony dalam mewujudkan sandiwara mengenai surat berkenaan, katanya sambil menggesa ROS membuat desakan secara bertulis kepada Guan Eng supaya mengarahkan Anthony mengemukakan surat tersebut kepada ROS dalam tempoh tujuh hari.

Menegaskan Anthony tidak boleh terus mendiamkan diri atau melarikan diri dalam isu itu kerana perkara tersebut menimbulkan keraguan besar kepada masyarakat terutama dalam kalangan ahli DAP, Ramaman juga berkata, "Jika semua itu tipu, mengaku sahajalah, jangan menyembunyikan diri dan terus berbohong bagi mengalih perhatian masyarakat."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®