Tuesday, 3 September 2013

PENGIBAR "SANG SAKA MALAYA" DIMALAM MERDEKA DIBERKAS!

-ENTAH APAKAH MOTIF SEBENAR MAHLUK-MAHLUK TERSEBUT BERBUAT DEMIKIAN? KALO DILABEL BEROK, MARAHLAH PULAK NANTI, NAK KATA MINTAK PUJI, AKU RASE TAKDE WARGA-WARGA MALAYSIA YANG CINTAKAN NEGARA NI MENTEPUK-TANGAN AKAN GELAGAT BANGANG DIER ORANG TU BAHKAN SEMAKIN MENYAMPAH ADER LER! SILAP-SILAP NI, KOMPOM "BERCUTI" DALAM LOKAP LAGI! KEKEKE!!!-

Ketua Polis Negara,  Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aktivis Hishamudin Rais dan Adam Adli ditahan sebentar tadi untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.

Sementara itu, Adam Adli melalui laman mikro Twitternya menulis, "Saya dan Hishamuddin Rais baru ditahan polis. Akan dibawa ke IPD Dang Wangi."

Dua hari lalu, dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang tersebar di internet.

Manakala sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.


Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut. (sumber)


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®