Tuesday, 17 September 2013

NAK KUBURKAN BAPAK KOMUNIS KAT SINI, JANGAN BUANG TABIAT!

-CHIN PENG BUKAN WARGA MALAYSIA, TIADA SEBAB JASADNYA PERLU DIBAWA KE MALAYSIA! PERASAN! KOMUNIS BOLEH PERGI MAMPUS! MEMANG DAH MAMPUS PUN! KEKEKE!!!-

Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan tiada sebab kenapa jasadnya perlu dibawa pulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Beliau tidak pernah dapat taraf kerakyatan apabila beliau menyertai Parti Komunis Malaya (PKM)," kata Khalid kepada The Star Online ketika dihubungi bagi mengulas mengenai kematian Chin Peng.

"Saya percaya beliau akan gembira jika disemadikan di tempat beliau banyak menghabiskan masanya," tambah Khalid.

Khalid berkata, tiada apa lagi yang perlu diperbincangkan mengenai bekas setiausaha agung KPM, Chin Peng yang meninggal dunia di hospital di Bangkok pada Isnin.

Beliau berkata, tiada isu yang perlu ditimbulkan, dan Chin Peng sudah pun meninggal dunia.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Chin Peng mengetuai gerila pemberontak KPM dan menentang angkatan bersenjata British dan Komanwel bagi mendapatkan kemerdekaan sebagai sebuah negara komunis.

Pemberontakan itu berakhir secara rasmi pada 2 Disember 1989 apabila kerajaan Malaysia menandatangani sebuah perjanjian damai dengan KPM, kurang sebulan selepas Tembok Berlin dirobohkan.

Chin Peng dibuang negara dan tinggal di Thailand selama lebih lima dekad dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia.

Beliau dilahirkan pada akhir Oktober 1924 dengan nama Ong Boon Hua, di sebuah pekan persisiran pantai di Sitiawan, Perak dan Chin Peng begitu dikenali sebagai bekas gerila komunis dan kekal menimbulkan kontroversi.

Chin Peng gagal dalam perbicaraannya untuk memohon dibenarkan kembali pulang ke Malaysia.

Beliau tinggal di Thailand dan memiliki pasport China.

Sebahagian pemimpin Malaysia menegaskan bahawa kepulangannya akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan orang tersayang ketika berlakunya pemberontakan komunis.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Ada pasport China sahlah dia warganegara China. mana boleh seseorang warganegara Malaysia memiliki pasport China. Dah la lama tinggal di Thailand dan tak pernah langsung mohon warganegara jadi mana boleh renew pasport Malaysia kalau bukan warganegara Malaysia.

    Jangankan bangkai, abu-abu sampah bangkai Chin Peng pun haram dibawa masuk ke Malaysia. Jangankan kubur, seketul batu nak buat tugu peringatan Chin Peng akan dirobohkan dengan cara apa sekalipun.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®