Thursday, 12 September 2013

LIM GUAN ENG DI UGUT BUNUH!

-ENTAH BETUL ATAU SEKADAR GIMIK SAHAJA, GUAN ENG MENGATAKAN BELIAU MENERIMA UGUTAN BUNUH MENERUSI AKAUN TWITTERNYA NAMUN SECARA SINIS MENGHENTAM POLIS DENGAN TANGGAPAN KURANG PERCAYA SAMA ADA POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN JIKA DIA MEMBUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PERKARA TERSEBUT! LU SUDAH SUSAH PUN LU LAGI MAU HENTAM POLIS KA? KEKEKE!!!-


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh di Twitter tetapi belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Saya ragu-ragu sama ada polis akan mengambil tindakan," kata Lim pada sidang akhbar, Khamis.

Pengguna Twitter, yang menggunakan nama Moon Yue, menulis di Twitter bahawa Guan Eng, yang merupakan setiausaha agung DAP, "adalah penipu dan akan mati minggu depan."

Tidak lama selepas itu, pengguna yang sama menulis ugutan bunuh terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isi kandung ugutan tersebut seperti berikut - "ini Melayu lu langsi lu Mati" (jangan tunjukkan diri atau anda akan mati). 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®