Tuesday, 10 September 2013

ISU MAKAN DALAM TANDAS: APA LAGI PAK-MAK MURID SK SERI PRISTANA MAU?

 -YANG KORANG DESPARATE SANGAT SAMPAI REKA BIDAAH YANG BROTHER NASIR MEMOHON MAAF DARI KORANG APASAL? KORANG YANG SEPATUTNYA MOHON MAAF DARINYA SEBAB SALAH SANGKA ANAK-ANAK KORANG DIPAKSA MAKAN DALAM TANDAS YANG SEBALIKNYA MERUPAKAN BILIK PERSALINAN! INI YANG DIKATAKAN BANGANG MELATA, EGO TAK BERTEMPAT! KEKEKE!!!-

Guru besar sekolah kontroversi, SK Seri Pristana menafikan telah meminta maaf kepada ibu bapa berhubung penggunaan bilik persalinan sebagai kantin sementara di sekolah berkenaan.

"Saya tidak pernah memohon maaf kepada ibu bapa kerana saya menganggap perkara itu sudah diselesaikan," kata Mohd Nasir Mohd Noor ketika mengulas laporan bahawa beliau telah memohon maaf kepada sekumpulan ibu bapa semasa mesyuarat pada Isnin.

Satu laporan dalam talian menyatakan Mohd Nasir, yang telah mengarahkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan untuk makan di bilik mandi pada bulan Ramadan, memohon maaf ketika mesyuarat pagi Isnin dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pegawai-pegawai jabatan pendidikan negeri dan ibu bapa murid-murid yang terlibat.

Mohd Noor memberitahu The Star bahawa Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Mahmud Karim, turut menghadiri mesyuarat tersebut untuk mendengar rungutan ibu bapa. 

"Bagaimana saya dapat bercakap apabila pegawai atasan saya berada di sana pada mesyuarat itu," katanya pada hari Selasa.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®